Bukti pemedulian, keprihatinan

Bukti pemedulian, keprihatinan

Oleh Salawati Haji Yahya

Gambar Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 April – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini, berkenan berangkat ke Mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke-70 bagi tahun 2016.

Keberangkatan Duli Yang Maha Mulia ke Jabatan Perdana Menteri dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong selaku Pengerusi Jawatankuasa.

Turut berangkat, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik selaku Penaung Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan.

Dalam sembah alu-aluannya, Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar berkata, keberangkatan Baginda Sultan ke mesyuarat berkenaan menjadi satu ristaan dan tinggi nilainya yang merupakan bukti pemedulian dan keprihatinan Baginda bagi memastikan sambutan Hari Perayaan berjalan dengan teratur dan sempurna.

Baginda Sultan ketika berkenan mengurniakan titah.
Baginda Sultan ketika berkenan mengurniakan titah.
Baginda Sultan berserta ahli kerabat diraja yang lain.
Baginda Sultan berserta ahli kerabat diraja yang lain.
Keberangkatan Baginda Sultan berserta ahli kerabat diraja yang lain.
Keberangkatan Baginda Sultan berserta ahli kerabat diraja yang lain.
Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Perdana Wazir dan Yang Teramat Mulia Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik.
Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Perdana Wazir dan Yang Teramat Mulia Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik.
Baginda Sultan berkenan bergambar ramai selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke-70.
Baginda Sultan berkenan bergambar ramai selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke-70.
Sembah alu-aluan Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar.
Sembah alu-aluan Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar.
Antara pegawai-pegawai kanan kerajaan yang hadir pada majlis itu.
Antara pegawai-pegawai kanan kerajaan yang hadir pada majlis itu.
Antara Yang Amat Mulia Pengiran-Pengiran Cheteria yang hadir pada mesyuarat tersebut.
Antara Yang Amat Mulia Pengiran-Pengiran Cheteria yang hadir pada mesyuarat tersebut.

“Keberangkatan Baginda juga memberikan semangat kepada ahli jawatankuasa untuk sama-sama berusaha sedaya upaya menyemarakkan, memeriahkan dan membisaikan lagi kesempurnaan sambutan perayaan Hari Keputeraan Baginda pada tahun ini,” sembah Yang Berhormat Pehin lagi.

Jawatankuasa Tertinggi Perayaan tahun ini telah mengadakan mesyuarat pertama pada 18 Februari 2016 di Dewan Persidangan Lapau, Bandar Seri Begawan.

Menurut Yang Berhormat Pehin, pada masa ini jawatankuasa-jawatankuasa kerja telah dan sedang meneliti rancangan untuk dilaksanakan yang mana atur cara tahun ini dimulakan dengan Majlis Pelancaran Memulakan Bacaan Ayat-ayat Suci Al-Quran 70 Kali Khatam yang melibatkan ahli-ahli majlis perundingan mukim dan kampung seluruh negara.

Majlis ini telah mula dilaksanakan serentak di keempat-empat daerah pada 1 Mac 2016 dan pemantauan pembacaan akan dilaksanakan mulai petang ini bagi Daerah Brunei dan Muara di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah.

Pada mesyuarat itu, Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Haji Mohd ‘ Abdoh bin Dato Seri Setia Haji Abdul Salam turut menyembahkan laporan persediaan-persediaan sambutan.

ARTIKEL YANG SAMA