Buku bakal bertemu ruas

Buku bakal bertemu ruas

GLASGOW, 23 Sept – Hujung minggu ini akan menyaksikan kembalinya salah satu perlawanan bola sepak Scotland paling buruk dan tidak seorang pun bersedia melainkan para pemain Rangers, kata pengurus, Mark Warburton.

Semangat tinggi sudah pasti di Pittodrie Ahad ini ketika gergasi Galsgow akan membuat kunjung ke utara untuk menentang Aberdeen dalam perlawanan di luar Old Firm merupakan salah satu persaingan paling sengit dalam Liga Perdana Scotland.

Ia pertemuan pertama mereka dalam tempoh lima tahun tetapi tidak ada sebarang kesukaran antara pesaing ini dalam apa yang dilihat permusuhan bola sepak moden negara itu.

Pertemuan ini tidak seperti kebanyakan persaingan yang berpunca dari lokasi geografi tetapi dendam yang sudah berakar umbi sejak1980-an ketika Aberdeen di bawah Alex Ferguson adalah kuasa dominan dan memecahkan penguasaan Old Firm di Scotland.

Bagaimanapun, cabaran melampau Neik Simpson ke atas bintang Rangers Ian Durrant pada 1988 sehingga mengakibatkan midfield itu direhatkan selama dua tahun digambarkan menjadi pemangkin utama permusuhan antara kedua-dua penyokong.

Polis Scotland sudah mendedahkan rondaan tambahan akan dibuat dengan penjaga anjing dan polis tambahan akan dikerahkan dalam salah satu operasi keselamatan menyeluruh yang akan dilancarkan di dalam dan sekitar Pittodrie.

Bekas kapten Rangers Barry Ferguson minggu ini berkata dia tidak gembira dengan keadaan buruk yang berlaku kepada perlawanan itu ketika dia beraksi tetapi Warburton berkata pemain Ibrox sekarang akan mendedahkannya.

“Sebab itu mengapa ramai pemain datang ke Rangers. Mereka mahu beraksi dalam perlawanan seperti ini,” kata bekas pengurus Brentford.

“Sebanyak 20,000 tiket terjual dan persekitaran menakutkan tetapi mereka menikmatinya. Sudah lima tahun sejak kami berada di sana. Para peminat bersedia dan begitu juga pemain.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA