Buku bertemu ruas

Buku bertemu ruas

BEIJING, 20 Ogos – Usain Bolt yang menyertai kejohanan dunia di Beijing berada dalam persaingan dengan Justin Gatlin dalam apa yang menjanjikan salah satu perlumbaan pecut paling sengit sejak sekian lama.

Bolt mendominasi perlumbaan pecut lebih tujuh tahun sejak memenangi tiga pingat emas di Olimpik 2008 di stadium Sarang Burung yang menganjurkan persaingan dunia di antara 22 sehingga 30 Ogos ini.

Kedua-dua pelari dari Jamaica itu terus mencatat kejayaan di Sukan London pada 2012 dan memenangi setiap perlumbaan pecut dunia dan gelaran lari berganti-ganti, terjejas dalam acara 100m pada kejohanan Daegu Dunia 2011 apabila dibatalkan selepas melakukan permulaan salah.

Bolt, yang memegang rekod dunia 100 dan 200m sejak 2009, bulan lalu kembali menguasai setelah kecederaan pinggul awal musim yang menyaksikannya tidak beraksi selama enam minggu dengan kemenangan berturut-turut 100m mencatatkan 9.87 saat di persaingan London Diamond League.

“Saya masih lagi nombor satu,” tegas pelari pecut berusia 28 tahun itu. “Saya akan terus menjadi nombor satu sehingga saya bersara. Itulah rancangannya.

Persaingan Gatlin (kiri) dan Bolt (kanan) pasti menjadi tumpuan di Beijing. – Reuters
Persaingan Gatlin (kiri) dan Bolt (kanan) pasti menjadi tumpuan di Beijing. – Reuters

“Ia membantu keyakinan,” katanya mengenai kepulangannya yang berjaya ke litar London menjelang Beijing. “Saya bekerja keras dan boleh melihat hasilnya di atas litar. Nampak bagus.”

Dengan rekod 100m pada 2015, Bolt sekarang di ranking nombor enam, Gatlin mengungguli senarai dengan catatan peribadi terbaik 9.47saat di Doha, setelah mencatatkan 9.75 sebanyak dua kali dan sekali 9.78.

Gatlin mengurangkan babak kontroversi di atas litar apabila bersedia mengakui empat pengharaman dadah yang dilalui antara 2006 hingga 2010 selepas positif testosteron adalah ‘bakat dan sumpahan’.

Pelari pecut yang berpangkalan di Florida sejak itu mencapai kemuncak rentaknya pada usia 33 tahun dan meletakkan diri sebagai pilihan 100 dan 200m tanpa kalah dalam 27 perlumbaan sejak Ogos 2013. – AFP