Buku bertemu ruas

Buku bertemu ruas

MADRID, 29 Jan – Pasukan teratas bertemu pasukan tangga kedua ketika Barcelona menghoskan Atletico Madrid esok yang dilihat akan mengukuhkan cengkaman mereka dalam persaingan gelaran La Liga.

Kedua pasukan tersebut terikat 48 mata di tangga teratas, tetapi Barca memiliki satu perlawanan dalam tangan berbanding Atletico dan boleh mengorak langkah menuju gelaran kelima dalam tempoh tujuh tahun dengan kemenangan kelapan berturut-turut sepanjang perlawanan.

Pasukan Luis Enrique masih dalam laluan mengulangi tiga kejayaan La Liga, Liga Juara-Juara dan Copa del Rey yang mereka menangi musim lalu selepas mara ke separuh akhir Piala selepas ketinggalan 3-1 kepada Athletic Bilbao pada pertengahan minggu.

Namun, juara Eropah itu terlalu jauh beraksi dengan permainan terbaik mereka minggu lalu ketika disingkirkan oleh Malaga dan Bilbao pada separuh masa pertama sebelum diselamatkan oleh kedudukan menarik individu selepas rehat.

“Kami sedar dengan kesilapan yang perlu kami perbaiki,” kata Luis Suarez selepas mengumpulkan jaringannya musim ini kepada 30 gol dengan gol penyamaan menentang Bilbao.

Aksi mantap trio ‘MSN’ Barcelona pasti dinanti-nantikan peminat dalam pertemuan menentang Atletico Madrid dalam perlawanan La Liga. – Reuters
Aksi mantap trio ‘MSN’ Barcelona pasti dinanti-nantikan peminat dalam pertemuan menentang Atletico Madrid dalam perlawanan La Liga. – Reuters

Bagaimanapun, Atletico juga tidak berada dalam rentak yang bagus ketika mereka kembali ke babak itu di mana mereka memenangi gelaran pada musim 2013/2014.

Pasukan Diego Simeone tersingkir dari Copa del Rey pada pertengahan minggu oleh Celta Vigo ketika mereka hanya bolos tiga gol buat kali pertama sejak Barca memenanginya dengan jaringan sama 3-2 pada peringkat sama tepat setahun lalu.

Namun, pada akhirnya Atletico dilihat berdepan masalah musim ini – menjaringkan hanya 30 gol dalam 21 perlawanan La Liga setakat ini.

“Kekalahan ini tidak akan menjejaskan kami esok,” kata kapten pasukan Atletico, Gabi. “Kami biasa berjuang bagi segala-galanya dan esok anda akan melihat Atletico Madrid yang terbaik.”

Pasukan pelawat juga dilihat berdepan wajah yang bukan asing seperti Arda Turan yang menentang Atletico buat kali pertama sejak berpindah ke Camp Nou berikutan empat tahun di Vicente Calderon. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA