Buku bertemu ruas

Buku bertemu ruas

MARSEILLE, 29 Jun (AFP) – Apabila Portugal bertemu Poland, dua pemain berbisa paling prolifik Eropah juga bakal berentap di mana Robert Lewandowski akan berusaha untuk menamatkan impian Cristiano Ronaldo untuk menjulang piala berprestij benua itu.

Ronaldo dalam jarak hanya satu gol daripada sejarah kejohanan Eropah untuk menyamai rekod sembilan gol legenda Perancis Michel Platini pada peringkat akhir.

Bintang Real Madrid itu telah menjadi pemain pertama menjaringkan gol dalam empat kejohanan Euro dan memecahkan rekod pertandingan dari segi penampilan.

Pada usia 31 tahun, Ronaldo tidak mungkin mendapat peluang yang lebih baik untuk muncul juara dengan pemenang di Marseille akan melangkah ke separuh akhir menentang rakan sepasukannya dari Real Madrid, Gareth Bale dan Wales atau pun Belgium.

Walaupun menyumbat dua gol menentang Hungary untuk menyelamatkan maruah Portugal melepasi peringkat kumpulan untuk menduduki tempat ketiga, Ronaldo masih belum menemui rentak di Perancis.

BUKU BERTEMU RUAS... Ronaldo (kiri) bakal berentap dengan Lewandowski apabila Portugal dan Poland bertemu dalam perlawanan separuh akhir Euro 2016 di Marseille esok. – AFP
BUKU BERTEMU RUAS… Ronaldo (kiri) bakal berentap dengan Lewandowski apabila Portugal dan Poland bertemu dalam perlawanan separuh akhir Euro 2016 di Marseille esok. – AFP

UEFA-Euro-2016-Logo

Persembahan hambar dan kata-kata kesat yang terhambur selepas menentang Iceland pada aksi pembukaan Portugal, diikuti terlepas sepakan penalti dalam kebuntuan menentang Austria.

Ronaldo sunyi untuk 117 minit terakhir perlawanan 16 terakhir membosankan dengan Croatia, tetapi usaha tunggal beliau membawa kepada jaringan Ricardo Quaresma selepas menanduk bola yang ditampan Danijel Subasic selepas percubaan Ronaldo.

“Kami sentiasa mempunyai peluang. Kami mempunyai pemain terbaik di dunia dan pemain seperti Nani, Quaresma dan Joao Mario,” kata Jose Fonte mempertahankan Portugal.

Portugal telah dikritik di atas pendekatan negatif terhadap Croatia kerana buat pertama kali dalam sejarah Euro tiada pasukan mempunyai percubaan tepat semasa 90 minit.

Walau bagaimanapun, Fonte menegaskan pemain Fernando Santos tidak peduli bagaimana bermain selagi mereka berjaya ke separuh akhir.

ARTIKEL YANG SAMA