Buku Guinness World Record 2016 dilancar

Buku Guinness World Record 2016 dilancar

HAMBURG, 10 Sept – Buku baru mengenai aksi-aksi eksentrik yang menakjubkan telah didedahkan hari ini semasa pelancaran buku Guinness World Records 2016 yang berlangsung di bangunan yang menempatkan kereta api mini terbesar di dunia di Hamburg.

Daripada pedati sosej terbesar di dunia hingga kepada arca terbesar but koboi dengan mulut yang paling banyak gigi, pasukan berpangkalan di London itu telah mengumpul sebanyak 255 halaman rekod dunia dalam edisi ulang tahunnya ke-60.

Kawasan yang menempatkan kereta api mini di Hamburg itu turut dimasukkan dalam buku berkenaan. Wonderland mini itu merupakan rumah kepada kereta api model terbesar dengan trek mini yang bergerak sehingga 15.4 km melalui hutan jarang, bandar-bandar dan gunung-ganang. – dpa

ARTIKEL YANG SAMA