Buku panduan pekerjaan kini boleh dimuat turun

Buku panduan pekerjaan kini boleh dimuat turun

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Jan- Jabatan Buruh dalam usahanya untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi kemudahan orang ramai khususnya majikan dan pekerja dalam merujuk mengenai Akta dan Undang-undang Perburuhan, Buku Panduan Undang-undang dan Peraturan-peraturan Pekerjaan di Negara Brunei Darussalam mulai sekarang boleh dimuat turun melalui laman sesawang Jabatan Buruh iaitu www.labour.gov.bn.

Buku itu mengandungi maklumat ringkas mengenai Perintah Pekerjaan 2009, Perintah Agensi Pekerjaan 2004, Perintah Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja 2009, Akta Pampasan Pekerja 1957 dan Akta Maklumat Pekerjaan 1974 serta Senarai Semak Majikan dalam penyediaan Kontrak Perkhidmatan, Contoh Kontrak Perkhidmatan dan tatacara membuat aduan bagi sebarang pertikaian perburuhan.

Buku panduan berkenaan boleh didapati dalam versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Jabatan Buruh berharap dengan adanya buku panduan itu, ia dapat meningkatkan kefahaman majikan dan pekerja sektor swasta mengenai peranan Jabatan Buruh dan hak-hak majikan serta pekerja.