Buku Panduan Telefon 2016 mula diedarkan

Buku Panduan Telefon 2016 mula diedarkan

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Jun – Buku Panduan Telefon 2016 Brunei Darussalam kini telah mula diedarkan kepada orang ramai dan boleh didapati di mana-mana cawangan Telekom Brunei Berhad (TelBru) di seluruh negara bermula hari ini (27 Jun).

TelBru, dalam kenyataannya turut menyatakan, bagi pengambilan jumlah besar, orang ramai boleh mengambilnya di tempat pengambilan utama di Bangunan TelBru, Sumbiling, Bandar Seri Begawan. Dalam pada itu, sebagai sebahagian daripada inisiatif hijau TelBru, orang ramai digalakkan untuk membawa bersama buku-buku panduan lama apabila mengambil buku panduan batu bagi tujuan kitar semula.

Semua hasil daripada inisiatif berkenaan yang merupakan usaha sama di antara TelBru dan Tele Directories Sdn Bhd akan disumbangkan kepada Pusat Ehsan.

Tema bagi muka depan buku panduan tahun ini adalah ‘Membangun generasi berwawasan dengan teknologi’, yang menurut TelBru, menggambarkan usaha untuk merangsang pertumbuhan ekonomi dalam merealisasikan wawasan negara menjelang 2035; bagi Brunei Darussalam mencapai perubahan positif yang diinginkan, ia perlu datang daripada terasnya iaitu rakyatnya.

Buku Panduan Telefon 2016 Brunei Darussalam kini diedarkan kepada orang ramai dan boleh didapati di mana-mana cawangan Telekom Brunei Berhad (TelBru) di seluruh negara bermula kelmarin.
Buku Panduan Telefon 2016 Brunei Darussalam kini diedarkan kepada orang ramai dan boleh didapati di mana-mana cawangan Telekom Brunei Berhad (TelBru) di seluruh negara bermula kelmarin.

Menurut kenyataan itu lagi, sebagai tenaga kerja generasi seterusnya di negara ini, belia perlu bersedia sepenuhnya dan berkemahiran dalam dunia yang pantas bergerak kerana kebanyakan cabaran-cabaran kejuruteraan paling penting di dunia akan dihadapi beberapa dekad akan datang oleh para jurutera dan saintis seterusnya.

Tema ini mengetengahkan orang-orang muda yang dikatakan sebagai pemimpin masa depan, namun realitinya telah memimpin perubahan penting masa kini. Dalam dunia hari ini, teknologi berkembang secara berterusan dan mempunyai pengaruh dalam kehidupan seharian kita.

ARTIKEL YANG SAMA