Buku seni kontemporari Islam dilancarkan

Buku seni kontemporari Islam dilancarkan

OIeh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Nov – Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FASS), Universiti Brunei Darussalam (UBD), hari ini, telah mengadakan seminar bertajuk ‘Salah Faham Agama’ dan pelancaran buku yang dihadiri oleh para mahasiswa-mahasiswi serta pensyarah UBD.

Seminar yang berlangsung di Bilik Seminar UBD itu menampilkan Penolong Profesor di FASS, UBD, Dr. Rui Oliveira Lopes bagi membincangkan mengenai amalan seni kontemporari dalam Islam melalui penelitian tiga aspek utama iaitu diaspora dan rundingan budaya, kritikan agama dan pengalaman spiritual.

Selepas seminar, Dr. Rui Oliveira turut melancarkan buku ‘Global Trends in Modern and Contemporary ‘Islamic Art’, yang baru sahaja diterbitkan dan disunting oleh beliau sendiri.

Penerbitan buku itu merupakan hasil daripada mesyuarat akademik antarabangsa yang diadakan di Faculty of Fine Arts, University of Lisbon (Portugal) pada November 2014 lalu.

Pensyarah dan juga jemputan menghadiri seminar mengenai ‘Salah Faham Agama’ disampaikan oleh Dr Rui Oliveira Lopes.
Pensyarah dan juga jemputan menghadiri seminar mengenai ‘Salah Faham Agama’ disampaikan oleh Dr Rui Oliveira Lopes.
Buku yang baru diterbitkan dan disunting oleh Dr Rui Oliveira Lopes bertajuk ‘Global Trends in Modern and Contemporary ‘Islamic Art’.
Buku yang baru diterbitkan dan disunting oleh Dr Rui Oliveira Lopes bertajuk ‘Global Trends in Modern and Contemporary ‘Islamic Art’.

Ia mengetengahkan hasil karya cendekiawan seperti Michael Barry dari Bahagian Near Eastern Studies Princeton University, Silvia Naef dari bahagian Pembelajaran Arab di University of Geneve dan Kimberly Masteller, Jeanne McCray Beals selaku kurator dari South and and Southeast Asian Art di Nelson-Atkins Museum or Art, Bandar Kansas.

Buku tersebut dibahagikan kepada lapan tulisan akademik dan satu tulisan visual, yang menumpukan kepada penyelidikan visual artis seni moden Eropah hingga visual budaya Islam dan kesan pameran seni lukisan Islam dalam pemodenan Eropah dari segi cahaya dan warna.

Buku tersebut merupakan terbitan ketiga dalam siri Global Art Mongraph yang diterbitkan oleh Faculty of Fine Arts, University of Lisbon dan diselaraskan oleh Dr. Rui Oliveira Lopes.

ARTIKEL YANG SAMA