Buku terbitan Hong Kong dakwa Zhou homoseksual

Buku terbitan Hong Kong dakwa Zhou homoseksual

BEIJING, 29 Dis – Sebuah buku yang akan diterbitkan di Hong Kong pada tahun baru berkata Zhou Enlai, perdana menteri pertama yang amat disanjungi di China, mungkin seorang homoseksual meskipun lama berkahwin, dan pernah jatuh cinta dengan seorang rakan sekolah lelaki dua tahun lebih tua daripadanya.

Ia merupakan satu perdebatan yang pasti bersifat kontroversi di China, di mana Parti Komunis suka menegaskan pemimpin tertingginya tiada cacat cela dan di mana homoseksual tidak disukai, walaupun tidak lagi disekat.

Penulis yang berpangkalan di Hong Kong, Tsoi Wing-mui, seorang bekas editor di majalah politik liberal di sana yang telah menulis mengenai subjek bertema homoseksual sebelum ini walaupun ia adalah buku pertama beliau.

Beliau membaca semula surat dan diari yang ditulis oleh Zhou dan isterinya Deng Yingchao, termasuk yang membutirkan kesukaan Zhou terhadap seorang rakan sekolah dan pemisahan emosi daripada isterinya, membawa kepada kesimpulan bahawa Zhou mungkin seorang homoseksual. – Reuters

Seorang lelaki melihat gambar mendiang Zhou Enlai pada pameran foto diadakan untuk memperingati ulang tahun kematian 30 Zhou di Huaian, wilayah Jiangsu di timur China. – Reuters
Seorang lelaki melihat gambar mendiang Zhou Enlai pada pameran foto diadakan untuk memperingati ulang tahun kematian 30 Zhou di Huaian, wilayah Jiangsu di timur China. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA