Buku ‘Travel Malaysia’ kini di Brunei

Buku ‘Travel Malaysia’ kini di Brunei

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Sept – Buku panduan perjalanan terlaris di Malaysia, ‘Travel Malaysia’ kini berada di Brunei dengan majlis pelancarannya yang diadakan di Fun Bee Park, Batu Bersurat, di sini, hari ini.

Penulis buku panduan berkenaan, Chok Yen Hau semasa sidang akbar berkata, Malaysia memiliki banyak tempat menarik yang kurang diketahui oleh orang ramai, terutamanya pelancong. Menceritakan pengalamannya ke beberapa tempat terpencil di Malaysia, katanya ia banyak mengajar beliau erti sebenar geografi apabila pemandangan dan suasana di satu-satu tempat itu berubah.

“Saya menasihatkan, jika mengembara ke mana-mana negara sekali pun, perlulah kembali ke tempat yang sama pada musim yang berbeza kerana tanpa diketahui perubahan musim memberikan pemandangan yang berbeza,” jelasnya lagi ketika menerangkan mengenai satu tempat di Kemasik, Terangganu.

Wakil Fun Bee Park menyampaikan cenderhati kepada Chok Yen Hau (kiri).
Wakil Fun Bee Park menyampaikan cenderhati kepada Chok Yen Hau (kiri).

Mengulas mengenai buku panduan berkenaan, ia direka untuk memenuhi keperluan para pengembara atau pelawat bersendirian yang mencari tempat yang kurang dikunjungi pelancong.

Majlis pelancaran buku berkenaan diteruskan dengan sesi penyampaian cenderahati kepada Chok Yen Hau oleh wakil Fun Bee Park, Tam Poh Chue.

Untuk keterangan lanjut mengenai buku tersebut bolehlah melayari facebook.com/myroadplanner.english.

ARTIKEL YANG SAMA