Bulan Bahasa S’pura

Bulan Bahasa S’pura

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Sept – Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kemerdekaan Singapura ke-50 tahun, Singapura telah mengadakan Bulan Bahasa yang dilancarkan kelmarin di Gardens By The Bay, Singapura

Hadir bagi merasmikan acara tersebut ialah Perdana Menteri Singapura, Tuan Yang Terutama Lee Hsien Loong yang juga dihadiri oleh pembesar-pembesar negara.

Turut hadir ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Haji Hazair bin Haji Abdullah selaku jemputan khas.

Turut menyertai rombongan Yang Berhormat Pehin ialah pegawai kanan dari Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dan dua orang duta bahasa iaitu Awang Zefri Ariff bin Zain Ariff dan Awang Irwan Rano bin Nordin.

Yang Berhormat Pehin Haji Hazair dan Tuan Yang Terutama Lee Hsien Loong bergambar ramai bersama peserta-peserta persembahan.
Yang Berhormat Pehin Haji Hazair dan Tuan Yang Terutama Lee Hsien Loong bergambar ramai bersama peserta-peserta persembahan.
Yang Berhormat Pehin bergambar ramai bersama pembesar-pembesar negara Singapura.
Yang Berhormat Pehin bergambar ramai bersama pembesar-pembesar negara Singapura.

Menurut kenyataan KKBS, sambutan Bulan Bahasa Singapura tahun ini yang bertemakan ‘Bahasa – Ilmu, Budaya, Mesra’ bertujuan untuk menggalakkan penggunaan dan pemakaian bahasa ibunda dan memperkasa budaya Melayu dalam kalangan rakyat dan penduduk Melayu di Singapura.

Sambutan juga diselitkan dengan beberapa acara dan aktiviti yang memaparkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu, Bahasa Budaya dan Bahasa Mesra dengan mempamerkan persembahan daripada sekolah-sekolah, para rakan kongsi dan pertubuhan-pertubuhan Melayu di merata kawasan di Gardens by the Bay.

ARTIKEL YANG SAMA