Bulan ‘supermoon’ 14 Nov ini

Bulan ‘supermoon’ 14 Nov ini

PARIS, 10 Nov – Bulan yang luar biasa besar dan terangnya akan menghiasi langit malam Isnin depan – ‘supermoon’ paling dekat dengan Bumi dalam tempoh 68 tahun dan berpeluang untuk mengambil gambar-gambar dramatik.

Jika cuaca mengizinkan, fenomena ini dijangka muncul dalam pemandangan paling hebat pada detik 1325 GMT apabila bulan penuh itu akan terjadi ketika malam menjelma di Asia, menurut para ahli astronomi.

Jika tidak ada awan dan tidak terlalu banyak pencemaran cahaya, orang ramai dapat melihat bulan Bumi itu dengan saiz yang luar biasa besarnya di ufuk sejurus selepas matahari terbenam, tanpa mengira di mana ia berada di dunia. Ini berlaku apabila bulan penuh pada masa sama titik kedudukannya paling dekat dengan Bumi.

“Pada 14 November, ia akan menjadi penuh dalam tempoh dua jam ketika ia berada pada titik kedudukan terdekat itu – yang menjadikannya bulan yang hebat,” NASA berkata di laman sesawangnya. Orbit sendiri boleh berubah, bererti jarak dari Bumi berbeza dari titik kedudukan bulan yang terdekat, dan pada kali ini ia akan menjadi paling dekat sejak tahun 1948 pada jarak 356,509 kilometer. Purata ialah 384,400 kilometer. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA