Bulan Syawal terus meriah

Bulan Syawal terus meriah

Oleh Siti Nur Wasimah S., Yusrin Junaidi & Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Julai – Hari Raya Aidilfitri sudah pun memasuki 14 Syawal namun kemeriahan sambutan tetap terasa dengan majlis-majlis rumah terbuka, bukan sahaja oleh orang-orang persendirian tetapi juga syarikat-syarikat swasta.

Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) adalah antara yang tidak ketinggalan mengadakan Majlis Pejabat Terbuka Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi para pelanggannya, yang berlangsung di Restoran Emperors Court, Hua Ho Manggis Mall, hari ini.

Lebih 300 orang pelanggan, jemputan khas serta pegawai dan kakitangan TAIB hadir ke majlis berkenaan.

Pengarah Urusan Perbadanan TAIB, Haji Osman bin Haji Mohd Jair memberitahu majlis itu bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara para pelanggan dan pegawai serta kakitangan TAIB.

pg04_150801_b

pg04_150801_a

Antara tetamu yang hadir pada Majlis Pejabat Terbuka Perbadanan TAIB di Restoran Emperors Court, Hua Ho Manggis Mall, kelmarin.
Antara tetamu yang hadir pada Majlis Pejabat Terbuka Perbadanan TAIB di Restoran Emperors Court, Hua Ho Manggis Mall, kelmarin.

Turut mengadakan Majlis Pejabat Terbuka adalah Syarikat Rahziarayyan selaku pengedar mesin air Kangen, yang turut diselajurkan dengan Majlis Doa Kesyukuran bersempena dengan ulang tahun keduanya.

Majlis yang berlangsung di Pusat Air Kangen Brunei Q-lap Mall, Kampung Kiulap, itu telah dihadiri oleh lebih 20 ahli-ahlinya.

Menurut Pengurus Besar Rahziarayyan, Dayang Mimi Rahzia, majlis itu adalah sebagai penghargaan kepada ahli-ahli serta pelanggan yang telah menyokong produk mereka.

Gambar ramai para jemputan yang hadir pada Majlis Pejabat Terbuka Syarikat Rahziarayyan, kelmarin.
Gambar ramai para jemputan yang hadir pada Majlis Pejabat Terbuka Syarikat Rahziarayyan, kelmarin.
Berkesempatan bergambar ramai pada Majlis Rumah Terbuka Times Hotel Brunei.
Berkesempatan bergambar ramai pada Majlis Rumah Terbuka Times Hotel Brunei.

Sementara itu, Times Hotel Brunei menyemarakkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan mengadakan Majlis Rumah Terbuka di hotel berkenaan, di Jalan Berakas.

Hadir di majlis itu ialah Pengurus Besar Times Hotel, Dayang Nonie HS serta para pegawai dan kakitangan Times Hotel.

Majlis ini merupakan acara tahunan yang bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara para pelanggan dan kakitangan di hotel tersebut di samping menunjukkan penghargaan yang tidak terhingga kepada pihak sektor swasta dan kerajaan yang telah bekerjasama dan memberi sokongan kepada Times Hotel.