Bulgaria jadi tumpuan rakyat Britain

Bulgaria jadi tumpuan rakyat Britain

ALINO, Bulgaria, 5 Ogos – Setiap tahun ramai rakyat Britain berpindah ke Costa del Sol, Sepanyol atau selatan Perancis dalam mencari tempat yang lebih panas dan gaya hidup yang lebih relaks.

Tetapi beberapa ratus telah menemukan syurga mereka di tempat yang paling tidak disangka-sangka – Bulgaria, negara anggota Kesatuan Eropah yang paling miskin.

Dengan kos hidup rendahnya, negara itu yang mempunyai bilangan penduduk tujuh juta telah menjadi rahsia kesatuan itu yang tersimpan dengan baik bagi warganegara Britain ingin bersara atau mencipta semula kewujudan mereka.

Kira-kira 10,000 orang kini dianggarkan tinggal di sini sama ada separuh masa atau tetap, meskipun bilangan sebenar mungkin lebih tinggi lagi: majoriti tidak mendaftar dengan pihak berkuasa tempatan.

Antara mereka yang menggelarkan negara bekas Komunis itu rumah ialah Tina dan Kevin Brassington, dua pensyarah universiti yang meninggalkan pekerjaan bergaji lumayan di Kent pada tahun 2011 dan menjalankan sebuah firma organik kecil di tengah kawasan luar bandar Bulgaria.

“Secawan kopi? Kata Tina ketika dia membuka pagar hijau menuju estet, yang terletak di jalan raya berdebu di kampung kecil Alino, 50 kilometer selatan bandar Sofia.

Di belakang wanita berambut perang kecil molek ini, anak-anak kambing melompat-lompat kelilingi taman menghijau yang dilimpahi dengan cahaya matahari.

Barisan batas sayuran terletak di tengah pokok-pokok buah dan rimbunan bunga. Mereka juga mempunyai ayam, angsa dan lain-lainnya.

Pasangan suami isteri itu yang berusia dalam 40an berkata Bulgaria telah membenarkan mereka memenuhi impian mampu diri mereka.

“Ia mengambil beberapa tahun untuk kami mengubah rumah terbiar dan taman menjadi yang indah yang mana kami menanam makanan kami sendiri,” kata Kevin sambil menghirup dari koleh Union Jack.

“Kami belajar bahagia dengan kekurangan,” tambah Tina, yang pada pernah bekerja sebagai pakar pemasaran bagi bank-bank di London. – AFP