Bulgaria tawar periksa pesawat udara Rusia ke Syria

Bulgaria tawar periksa pesawat udara Rusia ke Syria

SOFIA, 9 Sept – Bulgaria hari ini mengatakan ia boleh membenarkan pesawat Rusia yang menuju ke Syria untuk menyeberangi ruang udaranya jika Moscow memberi permit bagi memeriksa kargo, berikutan kebimbangan mereka akan membawa senjata bagi rejim Syria.

“Jika rakan Rusia kami bersetuju bagi penerbangan mereka untuk diperiksa di lapangan terbang Bulgaria, kami akan memberikan mereka permit,” kata Menteri Luar Negeri Bulgaria, Daniel Mitov kepada jurnalis.

Ucapannya yang muncul sehari selepas NATO dan anggota EU, Bulgaria mengesahkan ia enggan memberi kebenaran kepada beberapa pesawat Rusia yang tidak ditentukan untuk menyeberangi ruang udaranya minggu lepas, telah membuatkan Moscow berang. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA