Bulls bangkit...

Bulls bangkit tewaskan Raptors

CHICAGO, 8 Jan – Pemain Chicago Bulls, Jimmy Butler menjaringkan 42 mata ketika pasukan Bulls mengekori setelah ketinggalan defisit 19 mata untuk menewaskan Toronto Raptors 123-118 pada masa tambahan semalam.

Swayne Wade menjaringkan 20 mata bagi pasukan Bulls, yang melakarkan kemenangan ke-10 mereka menentang Raptors, yang berada di tangga kedua dalam Eastern Conference di belakang Cleveland Cavaliers.

Doug McDermott menjaringkan 17 mata dari bangku bagi pasukan Chicago, yang juga mencatatkan 12 mata menerusi Mikola Mirotic. Jerian Grant melancarkan dua lontaran percuma ketika perlawanan berbaki 10.6 saat pada sesi tambahan menamatkan perlawanan tersebut dengan kemenangan.

DeMar DeRozan mencatatkan 36 mata bagi pasukan Raptors. Kyle Lowry menambah 27 mata dan 12 asis dan Jonas Valanciunas dan Cory Jospeh masing-masing mencatatkan 14 mata.

Selepas Chicago biasa dengan jaringan 17-2 pada suku keempat untuk mengurangkan defisit dua digit, McDermott hadir dengan catatan besar pada masa tambahan.

Dwyane Wade (kiri) berdepan dengan pemain Raptors, DeMar DeRozan dalam separuh masa pertama aksi NBA antara Chicago Bulls dan Toronto Raptors. - AP
Dwyane Wade (kiri) berdepan dengan pemain Raptors, DeMar DeRozan dalam separuh masa pertama aksi NBA antara Chicago Bulls dan Toronto Raptors. – AP

Dia mencatatkan tiga lontaran percuma selepas dikasari dengan satu percubaan ‘three-point’ dan memberikan pasukan Bulls pendahuluan 116-111 dengan perlawanan berbaki 2:16 dengan lompatan dunk menerusi asis Butler.

Setiap pasukan berpeluang untuk memenangi pada akhir masa biasa. Dengan perlawanan terikat pada kedudukan 107, Wade kehilangan lontaran sebelum Toronto bergerak dengan pantas.

Tetapi DeRozan terlepas lompatan dan Lowry tidak berjaya menghasilkan ‘rebound’ ketika loceng dibunyikan.

Dua lontaran percuma DeRozan mengikat kedudukan 107-107 dengan perlawanan berbaki 31 saat selepas pasukan Bulls mendahului kedudukan 107-105 dengan ‘three pointer’ dari McDermott. – AFP