Bulu kambing berbadan besar berjaya diketam

Bulu kambing berbadan besar berjaya diketam

SYDNEY, 3 Sept (AFP) – Bulu seekor kambing biri-biri berbadan yang terlalu besar telah diketam hari ini oleh seorang jaguh kebangsaan Australia dalam operasi penyelamatan nyawa yang menurut pegawai kebajikan haiwan mungkin mencipta rekod baru bagi pengetaman bulu.

Kambing biri-biri merino yang diberi nama Chris oleh mereka yang sedang berjalan di kawasan pedalaman, terlihat kambing ini sedang merayau-rayau bersendirian di pinggir bandar Australia, Canberra, telah diselamatkan oleh pegawai-pegawai RSPCA semalam dan telah menjalani pengetaman bulu hari ini.

Kira-kira 40.45 kilogram telah diketam dalam kepingan besar dari haiwan itu oleh Famer Ian Elkins dari Dewan Pengetam Australia dalam proses 42 minit yang menurutnya ‘adalah pasti satu cabaran’.

“Kami terpaksa memberinya sedative sederhana untuk terus menenangkannya,” Elkins memberitahu AFP.

“Kami menelentangkan dan kerana ia memiliki begitu banyak bulu di bahagian perut, ia kelihatan sangat selesa. Ia mengambil masa 42 minit bagi saya untuk mengetam bulu kambing biri-biri itu, yang mana masa itu adalah lama kerana lazimnya saya mengambil masa tiga minit.

“Saya pasti ia sangat, sangat, sangat merasa lega selepas semua bulunya diketam. Kambing biri-biri diketam bulunya sekali setiap 12 bulan dan purata berat bulu ialah lima kilogram.”

RSPCA di Australian Capital Territory (ACT) yang menjaga Chris ketika pemulihannya – termasuklah memakaikan kot untuk terus menghangatkan badannya, berkata mereka gembira dengan pengetaman yang berjaya ini.

Kambing biri-biri Merino diternak untuk bulunya, yang digunakan untuk menghasilkan pakaian mahal dan perlu diketam untuk mencegah isu kesihatan serius seperti serangan lalat – yang mana bulu dijangkiti – dan malah mengakibatkan kematian, kata ketua eksekutif RSPCA ACT, Tammy Ven Dange.

“Kami benar-benar bernasib baik menemuinya,” ujarnya kepada AFP.

“Jika di musim panas dan lalat keluar, ia mungkin telah pun mati kerana serangan lalat.”

ARTIKEL YANG SAMA