Bumi 2.0 dijumpai

Bumi 2.0 dijumpai

MIAMI, 24 Julai – Para angkasawan telah berjaya menjumpai sebuah planet yang hampir sama dengan bumi, sebuah planet berbatu yang berpotensi mengelilingi bintangnya pada jarak sama seperti Bumi mengelilingi Matahari, pihak NASA memberitahu kelmarin.

Bukan sahaja planet itu berada dalam zon Goldilocks, di mana kehidupan mungkin wujud kerana ia tidak terlalu sejuk mahupun panas untuk menyokong air, bintangnya kelihatan seperti sepupu tua Matahari kita, kata agensi angkasa Amerika Syarikat (AS).

Ini bermakna planet tersebut, yang berada 1,400 tahun cahaya jauh, boleh menawarkan sekilas keadaan masa depan yang akan dihadapi Bumi, kata para saintis.

Dikenali sebagai Kepler 452b, planet tersebut ditemui oleh Teleskop angkasa Kepler agensi angkasa AS, yang selama ini memburu planet yang serupa dengan bumi sejak 2009.

”Kepler 452b mengelilingi sepupu dekat Matahari kita, tetapi ia 1.5 bilion tahun lebih tua,” menurut NASA dalam satu keterangan.

Planet yang serupa Bumi dijumpai oleh pihak NASA. - Reuters
Planet yang serupa Bumi dijumpai oleh pihak NASA. – Reuters

Bintangnya empat peratus lebih besar daripada Matahari dan 10 peratus lebih terang.

Jika planet itu berbatu, dan saintis percaya ia kemungkinan menjadi demikian, jadi ia merupakan satu senario yang digeruni, di mana haba dari bintangnya yang tenat mengeringkan tasik-tasik dan laut-laut Kepler 452b.

“Jika Kepler 452b sememangnya planet yang berbatu, bermakna bintangnya kini memasuki fasa rumah hijau pada sejarah cuacanya,” kata Doug Caldwell, menurut saintis Institut Perisikan Ruang Angkasa (SETI) yang bekerja pada misi Kepler itu.

“Peningkatan tenaga dari matahari tuanya berkemungkinan memanaskan permukaan dan mengerikan semua laut. Wap air akan hilang dari planet itu selama-lamanya,” tambahnya.

“Kepler 452b berkemungkinan menghadapi apa yang Bumi akan hadapi pada berbilion tahun dari sekarang, tatkala Matahari menua dan bertambah cerah. – AFP