Bundesliga dikawal ketat

Bundesliga dikawal ketat

BERLIN, 19 Nov (AFP) – Hamburg akan melayan pasukan tanggan kedua, Borussia Dortmund dalam perlawanan pertama Bundesliga hujung minggu dengan keselamatan di bawah pengawasan ketat selepas serangan pengganas berlaku di Paris dan ancaman bom di Hanover.

Ketua–ketua Bundesliga menegaskan urusan dua persaingan seperti biasa dengan permainan riben biru menyaksikan Schalke akan melayan pendahulu Bundesliga, Bayern Munich di Gelsenkirchen dengan kapasiti 79,000 tempat duduk.

Tetapi sama ada program hujung minggu Bundesliga harus diadakan menjadi perdebatan selepas aksi persahabatan Jerman-Belanda di Hanover Selasa lalu telah dibatalkan kerana ancaman bom yang terus menggegarkan bola sepak Jerman.

Ia berlaku empat hari selepas pasukan Jerman melalui pengalaman serangan pengganas di Paris Jumaat lalu.

Polis bersenjata dijangka akan mengawal kebanyakan kawasan perlawanan hujung minggu dengan Liga Bola Sepak Jerman (DFL) menegaskan keselamatan menjadi keutamaan.

Pemain Dortmund meraikan kemenangan semasa menentang Schalke 04 dalam aksi Bundesliga di Dortmund pada 8 November lalu. – Reuters
Pemain Dortmund meraikan kemenangan semasa menentang Schalke 04 dalam aksi Bundesliga di Dortmund pada 8 November lalu. – Reuters

Ketua polis kanan menggesa peminat Jerman untuk meninggalkan amalan biasa yang tidak menghiraukan peraturan stadium dengan membawa suar dan melepaskannya ketika perlawanan, yang boleh mencetuskan panik dalam keadaan yang tegang seperti sekarang.

Acara berdiam diri selama seminit sebelum sepak mula di semua kawasan Bundesliga akan diadakan bagi mengingati serangan Paris yang meragut 129 nyawa. Para pemain dalam dua pasukan akan memakai lilitan lengan berwarna hitam.

CEO Dortmund, Hans-Joachim Watzke berkata perlawanan itu perlu diteruskan di kawasan Volksparstadion, Hamburg.

“Tiada alternatif. Kita perlu menunjukkan keberanian dan tidak seharusnya memberikan diri kita dibelenggu ketakutan,” katanya. “Atau ia akan membenarkan mereka (pengganas) meraikannya, yang tidak seharusnya berlaku.”

Jurulatih Hamburg, Bruno Labbadia mengakui babak dari Paris dan Hanover telah menambah elemen ketakutan kepada persekitaran bola sepak Jerman.

ARTIKEL YANG SAMA