Bunga api cetus kebakaran

Bunga api cetus kebakaran

COLOMBO, 2 Jun – Bunga api telah mengakibatkan kebakaran di sebuah peranginan pantai mewah di selatan Sri Lanka beberapa minit selepas ia dirasmikan oleh Presiden Maithripala Sinsena, menurut para pegawai hotel dan pegawai setempat.

Pihak polis telah pun mula menjalankan siasatan ke atas kejadian semalam di hotel Shanghri-La di Hambantota yang mempunyai 300 buah bilik. Hotel ini adalah hotel pertama pengendali hotel mewah di pulau itu.

“Ketika keraian itu bunga api telah mengakibatkan kebakaran pada atap yang menutupi kolam renang,” menurut ketua perhubungan awam kumpulan itu yang beribu pejabat di Hong Kong , Ilona Yim.

“Tidak sesiapa tercedera dan kami berterima kasih di atas bantuan pasukan bomba, yang berada di situ dan memadamkan kebakaran dalam masa 10 minit.”

Menurut hotel itu Presiden terus berada di situ bagi jamuan makan malam tertutup yang adalah sebahagian aca-ra perasmian di hambantota, 240 kilometer selatan bandar Colombo.

“Presiden awal mengatakan presiden segera dipindahkan, tetapi kakitangan keselamatan beliau mengesahkan presiden telah berpindah ke lokasi lain di bahagian lain kompleks hotel dan meninggalkan kompleks itu selepas jamuan makan malam. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA