Bunga api warnai langit Pekan Bangar

Bunga api warnai langit Pekan Bangar

Oleh Sim Y. H.

 

BANGAR, 30 Ogos – Langit malam diwarnai dengan pelbagai corak dan warna menarik yang menerangi sekitar langit Pekan Bangar di mana ratusan orang berkunjung sebahagian besarnya penduduk Daerah Temburong untuk sama-sama menyaksikan pertunjukan bunga api di kawasan pekan berkenaan, semalam.

Pertunjukan bunga api kira-kira 15 minit itu diadakan bersempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-69 yang mana pertunjukan berkenaan ditaja oleh masyarakat Tiong Hwa bagi memeriahkan lagi acara perayaan bagi Daerah Temburong.

Hadir untuk sama-sama menyaksikan persembahan bunga api berkenaan ialah Pegawai Daerah Temburong, Haji Abdul Hamid bin Dato Paduka Haji Abdullah.

Haji Abdul Hamid dan Yang Berhormat Haji Sulaiman ketika menghadiri pertunjukan bunga api sempena Sambutan Hari Keputeraan Baginda Sultan di Daerah Temburong.
Haji Abdul Hamid dan Yang Berhormat Haji Sulaiman ketika menghadiri pertunjukan bunga api sempena Sambutan Hari Keputeraan Baginda Sultan di Daerah Temburong.
Pertunjukan bunga api mewarnai langit sekitar Pekan Bangar.
Pertunjukan bunga api mewarnai langit sekitar Pekan Bangar.

Turut hadir ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara dan Ketua Kampung Belingos, Yang Berhormat Haji Sulaiman bin Haji Ahad.

Anggota dari Pasukan Polis Diraja Brunei dan Jabatan Bomba dan Penyelamat turut hadir semasa pertunjukan itu untuk memastikan acara berjalan dengan lancar.

ARTIKEL YANG SAMA