Bunuh budak 6 tahun

Bunuh budak 6 tahun

CHICAGO, 8 Nov (Agensi) – Dua pegawai polis didakwa atas tuduhan bunuh dan cubaan membunuh selepas menembak mati seorang budak lelaki berusia enam tahun, minggu lalu.

Jeremy Mardis, terbunuh selepas kereta dipandu ayahnya ditembak dua Marshal, Norris Greenhouse serta Derric Stafford. Ayahnya Christ Few yang memandu kenderaan itu turut mengalami cedera parah.

Greenhouse dan Stafford digantung tugas selepas kejadian kejar-mengejar Selasa lalu itu.

Mangsa dilaporkan ditembak beberapa kali.

Ketua Polis Louisiana, Kolonel Michael Edmonson berkata kejadian itu tidak sepatutnya berlaku.

“Saya melihat rakaman video kejadian dan ia memang menyayat hati. Saya tidak dapat menggambarkan perasaan selepas melihatnya,” katanya.