Bunuh wanita, 4 lelaki dihukum mati

Bunuh wanita, 4 lelaki dihukum mati

KABUL, 6 Mei (Reuters) – Seorang hakim Afghanistan menjatuhi hukuman mati ke atas empat lelaki hari ini, di atas kesalahan kelompok rusuh yang membunuh seorang wanita berusia 27 tahun yang dituduh membakar kitab Al-Quran di Kabul, satu kes yang mencetuskan kemarahan dan bantahan di jalan raya yang luar biasa yang membantah faham pelampau di ibu negara.

Lapan orang tertuduh dipenjarakan 16 tahun kerana terlibat dalam serangan itu yang mana orang ramai yang mengamuk membelasah dan menendang wanita itu, bernama Farkhunda, dan membakar badannya di tengah Kabul.

Hakim Safiullah Mujadidi mendapati 18 orang lagi tidak bersalah memandangkan bukti tidak mencukupi.

Empat lelaki yang dijatuhi hukuman mati itu disabitkan dengan kesalahan membunuh, sebahagiannya berdasarkan rakaman dari telefon bimbit tentang serangan itu yang dimainkan di mahkamah ketika perbicaraan selama lima hari.

Sesetengah yang diberkas telah dijejaki selepas menghantar rakaman tentang serangan itu di media sosial dan bermegah-megah tentang menyertai serangan itu.

Lelaki Afghanistan berada di mahkamah semasa perbicaraan mereka yang berkaitan dengan pembunuh wanita berusia 27 tahun, di Kabul hari ini. – AFP
Lelaki Afghanistan berada di mahkamah semasa perbicaraan mereka yang berkaitan dengan pembunuh wanita berusia 27 tahun, di Kabul hari ini. – AFP

Sembilan belas orang pegawai polis juga dibicarakan, kerana dituduh hanya berdiri dan tidak berbuat apa-apa untuk menghentikan serangan itu. Keputusan penghukuman ke atas mereka dijangkakan lewat minggu ini.

Serangan itu terbukti kejadian yang mengakibatkan polarisasi di Afghanistan, negara Islam yang begitu konservatif. Pada awalnya sebilangan pihak agama mengatakan pembunuhan itu adalah mempertahankan Islam.

Ramai lagi yang meradang ekoran serangan itu, malah sebelum penyiasatan menunjukkan bahawa Farkhunda menjadi mangsa tuduhan palsu bahawa dia mencemarkan kitab Al-Quran.

Sebilangan pembantah menentang faham pelampau agama dan keganasan ke atas wanita meningkat di Kabul, termasuklah keganasan minggu lalu yang melakonkan semula serangan itu.

Tunjuk perasaan seumpama itu adalah luar biasa, meskipun hak-hak wanita termaktub dalam perlembagaan selepas rejim pejuang Islam Taliban yang berpendirian keras disingkirkan dalam tahun 2001.

Di bawah pemerintahan lima tahun Taliban, wanita ditegah dari meninggalkan rumah tanpa penjaga lelaki, diketepikan dalam pembelajaran dan dipaksa memakai burka.