Bunyi ganjil selamatkan nyawa

Bunyi ganjil selamatkan nyawa

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 27 Julai – Bunyi ganjil telah menyelamatkan nyawa seorang lelaki apabila beliau sempat memberhentikan kereta yang dipandunya sebelum terbakar dalam kejadian yang berlaku awal pagi tadi di kawasan Jalan Bypass Mumong di sini.

Pemandu terbabit, yang dikatakan dalam perjalanan dari Seria menuju ke Mumong, telah memberhentikan keretanya di kawasan bahu jalan berkenaan, setelah terdengar bunyi agak ganjil di bahagian enjin keretanya, dia lalu memanggil perkhidmatan menunda kereta dari salah sebuah bengkel di sini.

Bagaimanapun, sebelum perkhidmatan menunda kereta sampai, kereta yang dipandunya tiba-tiba mengeluarkan api lalu terbakar dan lelaki tersebut selamat tanpa sebarang kecederaan. Balai Bomba Seria telah menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 8:20 pagi dan mengalami kesukaran untuk tiba segera ke tempat kejadian ekoran kesesakan lalu lintas. Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan, bagaimanapun melalui siasatan awal pihak bomba, ia dipercayai berpunca daripada kerosakan pendawaian bahagian dalam enjin kereta.

Pegawai bomba sedang memeriksa kereta yang terbabit dalam kebakaran awal pagi kelmarin bagi siasatan awal.
Pegawai bomba sedang memeriksa kereta yang terbabit dalam kebakaran awal pagi kelmarin bagi siasatan awal.

ARTIKEL YANG SAMA