Bunyi tiupan daun menghidupkan kembali seni muzik zaman lampau di China

Bunyi tiupan daun menghidupkan kembali seni muzik zaman lampau di China

SEORANG lelaki yang dikenali sebagai Qiu Shaochun sedang meletakkan sehelai daun yang segar di mulutnya selepas sahaja beliau mengambilnya di taman dan memainkan satu irama muzik yang halus dari satu irama kepada satu irama yang lain. Persembahan yang memukau itu telah menarik perhatian pelbagai individu dan meluahkan rasa terpegun serta terkilan apabila melihat sehelai daun dapat memberikan satu irama muzik yang begitu indah. “Berkemungkinan besar kita akan melihat daun sebagai satu benda yang biasa namun daun sebenarnya berpotensi dalam alunan irama muzik dan terkenal malah tertua pada zaman dulu lagi di seluruh dunia,” kata Qiu yang berusia 51 tahun yang terkenal sebagai seorang pemain muzik daun di China.

Di kawasan perkampungan beliau di Fuyang, Shanghang yang terkenal dengan pemandangan gunung yang sangat indah di sebalah Timur Barat China, wilayah Fujian, Qiu mempelajari tiupan bunyi dari daun itu sejak kecil lagi dan dari situ mula menggemarinya malah mendalaminya dengan lebih dalam lagi. Beliau kemudiannya membuat keputusan untuk meneruskan dan mempelajari lagi seni muzik itu daripada ayahnya iaitu seorang yang berbakat dalam bidang itu di sekolah muzik dan bekerja sebagai seorang guru.

Namun, untuk menjadikan ahli muzik daun sebagai satu pekerjaan tetap adalah sangat mustahil dan disebabkan itu, Qiu memilih untuk mengambil subjek utama dalam Erhu, iaitu satu kursus pembelajaran peralatan muzik tradisional China di Sekolah Seni Fujian Provincial pada tahun 1981. Kemudian beliau menyumbangkan bakat beliau di persembahan teater ‘The Fujian Provincial Song and Dance’ pada tahun 1985 selepas sahaja menamatkan pengajiannya.

Pada tahun yang seterusnya, Qiu menyaksikan sendiri perkembangannya yang mahir dalam mengayakan seorang Erhu namun apa yang pasti beliau masih tidak dapat melupakan bakat yang dimilikinya dalam muzik tiupan daun itu. Pada tahun 1994, Qiu mempersembahkan sebuah persembahan teater dengan menggunakan muzik daun dan mempamerkan satu persembahan yang memukau dan menarik perhatian orang ramai.

Qiu lebih suka untuk memilih sejenis daun yang beliau gemari disebabkan oleh keadaan daun itu yang sangat lembut, kuat, dan kecil, daun itu ialah daun Banyan. – Xinhua
Qiu lebih suka untuk memilih sejenis daun yang beliau gemari disebabkan oleh keadaan daun itu yang sangat lembut, kuat, dan kecil, daun itu ialah daun Banyan. – Xinhua
Beliau juga turut mengembara dan memberikan pembelajaran kepada orang ramai terutama sekali pada petani yang berusia antara 48 hingga 61 tahun yang tinggal berdekatan dengan kediaman beliau. – Xinhua
Beliau juga turut mengembara dan memberikan pembelajaran kepada orang ramai terutama sekali pada petani yang berusia antara 48 hingga 61 tahun yang tinggal berdekatan dengan kediaman beliau. – Xinhua

Orang ramai terpegun

Selepas sahaja penerimaan orang ramai terhadap muzik itu, Qiu seterusnya membuat persembahan secara komersial dengan muzik daun pada tahun 1996. Sorakan dan tepukan meriah daripada para penonton telah memberinya satu adaptasi menarik dan membanggakan apatah lagi usahanya untuk mempelbagaikan lagi genre seni tersebut. Pentas persembahan beliau dikembangkan lagi pada bulan Mei tahun 1998 dan pada tahun itu, beliau membuat persembahan bersama dengan The Xiamen Little Egret Troupe dan menjelajah tiga buah negara Eropah iaitu Sepanyol, Perancis dan juga Itali.

“Sebagaimana yang terkandung dalam tradisi muzik China, saya akan turut memainkan pelbagai jenis alunan muzik moden kepada masyarakat tempatan dengan menggunakan daun ini seperti ‘Like My Sun’, ‘Turkish March’ dan ‘Come Back to Sorrento’. Maklum balas daripada orang ramai sangat memberangsangkan dan kebanyakan penonton serta pendengar terpegun malah tersentuh hati bila mendengar muzik keluar daripada daun yang saya tiup. Sesetengah mereka malah memberikan cenderahati kepada saya,” tambah Qiu cuba mengingat kembali ketika bermula untuk memperkembangkan dan menghidupkan muzik itu kepada orang ramai.

Qiu Shouchun turut mempersembahkan kehalusan seni muzik itu ketika Majlis Simphony Echoes Tulou pada tahun 2001 dan Opera Tulou pada tahun 2006. Salah satu objektif utama beliau mengikuti persembahan itu adalah untuk memperkembangkan dan mempromosikan seni muzik itu kepada orang ramai khususnya generasi muda di China.

Salah satu objektif utama beliau mengikuti persembahan itu adalah untuk memperkembangkan dan mempromosikan seni muzik itu kepada orang ramai. – Xinhua
Salah satu objektif utama beliau mengikuti persembahan itu adalah untuk memperkembangkan dan mempromosikan seni muzik itu kepada orang ramai. – Xinhua

“Nenek moyang kita pada zaman dahulu mempelajari seni meniup daun itu lebih daripada 10,000 tahun yang lalu dan ketika itu, muzik daun dikategorikan sebagai satu alat untuk komunikasi dan juga untuk keseronokan serta untuk hiburan namun pada hari ini, seni itu semakin berkurangan malah tidak dipraktikkan lagi semakin pudar dan saya akan berusaha untuk mengekalkannya,” tambah Qiu kepada wartawan Xinhua.

Qiu merasa sangat yakin dan percaya untuk menemui jalannya sendiri untuk memainkan muzik itu dengan mengekalkan stamina pernafasan yang berkekalan lama dan mengawal dengan lebih teratur. “Apabila anda mengarahkan satu pernafasan udara, satu alunan bunyi akan keluar daripada daun itu dan tergantung kepada kita untuk mengawalnya dengan irama-irama yang ada,” tambahnya lagi kepada wartawan Xinhua.

Daun Banyan

Walaupun apa saja jenis daun dapat ditiup namun Qiu lebih suka untuk memilih sejenis daun yang beliau gemari disebabkan oleh keadaan daun itu yang sangat lembut, kuat dan kecil, daun itu ialah daun Banyan. Daun itu terdapat banyak di kawasan kediaman beliau di Fuzhou.

“Sesetengah peniup daun akan mencadangkan untuk menggunakan daun plastik atau daun kain dan saya mengakui itu adalah satu idea yang baik, namun cuba anda fikirkan, organ elektronik boleh saja dapat digunakan di dalam tubuh badan kita namun tidak pada daun, saya tetap akan memilih daun yang segar dan ia tidak dapat digantikan dengan mana-mana benda,” kata Qiu bersungguh-sungguh.

Qiu kini menjadi seorang pemain muzik pertama dalam beberapa buah persembahan seni di China dan seni itu telah dimasukkan sebagai salah satu seni warisan budaya yang perlu dipertahankan. – Xinhua
Qiu kini menjadi seorang pemain muzik pertama dalam beberapa buah persembahan seni di China dan seni itu telah dimasukkan sebagai salah satu seni warisan budaya yang perlu dipertahankan. – Xinhua

Qiu mempelajari tiupan bunyi dari daun itu sejak kecil lagi dan dari situ mula menggemarinya malah mendalaminya dengan lebih dalam lagi. – Xinhua
Qiu mempelajari tiupan bunyi dari daun itu sejak kecil lagi dan dari situ mula menggemarinya malah mendalaminya dengan lebih dalam lagi. – Xinhua

Tidak lama yang lalu, beliau telah pergi ke Hong Kong Universiti dan berkolobrasi dengan beberapa buah kumpulan yang aktif dalam bidang muzik termasuk beberapa orang profesor bagi menghasilkan satu persembahan seni bersama dengan tiupan muzik daun.

Beliau juga turut mengembara dan memberikan pembelajaran kepada orang ramai terutama sekali pada petani yang berusia antara 48 hingga 61 tahun yang tinggal berdekatan dengan kediaman beliau.

“Terima kasih kepada tiupan daun, saya telah mengembara hampir keseluruhan China sebelum ini dan di mana sahaja saya pergi, saya terasa amat terkenal,” tambah Qiu kepada wartawan Xinhua. Qiu kini menjadi seorang pemain muzik pertama dalam beberapa buah persembahan seni di China dan seni itu telah dimasukkan sebagai salah satu seni warisan budaya yang perlu dipertahankan.

“Kami berusaha untuk memastikan muzik tiupan daun ini akan terus kekal dan memberikan satu olahan inspirasi yang abadi dalam mempertahankan warisan budaya yang telah diwarisi dari turun temurun sejak dulu lagi,” kata Qiu mengakhiri temu ramah. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA