Burga didakwa rasuah

Burga didakwa rasuah

LIMA, 5 Feb – Pegawai-pegawai keadilan Peru telah menerima petisyen Amerika Syarikat untuk mengekstradisi bekas ketua Persekutuan Bola Sepak Peru, Manuel Burga atas tuduhan yang dikaitkan dengan skandal rasuah FIFA global, peguam beliau berkata semalam.

Petisyen tiba minggu lepas, peguam Cesar Nakasaki memberitahu radio sukan Ovacion, “Mereka memaklumkan kepada kami, tetapi mereka tidak secara rasmi memberitahu kami permintaan itu,” kata Nagasaki.

Nagasaki berkata, sebaik sahaja perjumpaan anak guamnya yang telah diadakan di sebuah penjara Lima sejak 7 Disember, kertas cadangan yang dikemukakan akan diselidik semula bagi mengkaji permintaan untuk membuat pembelaan.

Burga, 58, mengendalikan bola sepak Peru dari tahun 2002 hingga 2014.

Mengikut permintaan AS, Burga dituduh menerima bayaran haram dalam pertukaran untuk mendapatkan hak penyiaran bagi beberapa edisi kejohanan Copa America.

Manuel Burga akan disiasat oleh Pegawai-pegawai keadilan Peru berkaitan dengan skandal rasuah FIFA. – Reuters
Manuel Burga akan disiasat oleh Pegawai-pegawai keadilan Peru berkaitan dengan skandal rasuah FIFA. – Reuters

Gejala skandal rasuah global yang melibatkan sehingga nilai jutaan dolar bagi dunia bola sepak pertama kali dihebohkan kepada masyarakat pada Mei lepas. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA