Burger King buka cawangan di Pekan Seria

Burger King buka cawangan di Pekan Seria

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 14 Dis – Rangkaian restoran makanan segera popular, Burger King (BK), telah membuka cawangan terbarunya di Pekan Seria, yang menjadikannya cawangan kedua di Daerah Belait.

Pelancarannya, hari ini, telah disempurnakan oleh Pemangku Duta Amerika Syarikat ke Brunei Darussalam, Fausto DeGuzman bersama Ahli Lembaga Pengarah BK yang juga artis terkemuka Wu Chun dan Pengurus Operasi Burger King, Awang Saifulizam bin Zamhor.

Dalam temu bual bersama media, Awang Saifulizam berkata, dengan pembukaan cawangan baru ini, BK akan sentiasa memperkenalkan promosi produk-produk baru dalam menu setiap bulan bagi sajian para peminat.

Manakala itu, beliau turut mengongsikan mengenai salah satu perancangan BK dengan kerjasama Kementerian Kesihatan iaitu untuk memperkenalkan produk-produk makanan dengan kadar kalori yang rendah, sebahagian daripada usaha BK untuk mempromosi cara pemakanan yang sihat di negara ini.

Awang Saifulizam (kiri), Fausto DeGuzman dan Wu Chun memotong riben semasa perasmian pembukaan cawangan BK terbarunya.
Awang Saifulizam (kiri), Fausto DeGuzman dan Wu Chun memotong riben semasa perasmian pembukaan cawangan BK terbarunya.

“Rancangan kerjasama dengan Kementerian Kesihatan tersebut dijangka akan bermula pada tahun depan,” ujarnya.

Ditanya mengenai sebarang perancangan untuk membuka cawangan pandu lalu yang semakin berkembang di negara ini, beliau memberitahu bahawa idea tersebut sememangnya ada dalam perancangan.

Beliau juga menambah bahawa pada tahun depan BK juga telah merancang untuk membuka sebuah lagi cawangan BK ter barunya.

Pada majlis pelancaran itu, Fausto DeGuzman dan Wu Chun juga turut dijemput untuk membuat burger mereka sendiri dengan dibantu oleh Awang Saifulizam.

ARTIKEL YANG SAMA