Burger Prosperity kembali di McD

Burger Prosperity kembali di McD

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Dis – Bersempena dengan kedatangan Tahun Baru dan Tahun Baru Cina tidak lama lagi, McDonald’s Brunei telah memperkenalkan kembali Burger Prosperity.

Hidangan burger ini kembali atas permintaan ramai setelah mendapat respons yang sangat baik daripada pelanggan McDonald’s.

Burger daging yang disaluti dengan sos lada sulah bersama bawang putih ini juga turut dijual di Malaysia, Singapura, Indonesia dan termasuklah Brunei.

Jika tidak puas dengan satu keping pati daging, McDonald’s turut menyediakan Double Beef Prosperity yang mempunyai dua keping pati daging.

Burger Prosperity yang kini kembali di McDonald’s.
Burger Prosperity yang kini kembali di McDonald’s.

Kedua-duanya boleh didapati secara ala carte atau set meal yang didatangkan bersama kentang goreng Twister dan minuman Prosperity McFizz.

Selain itu, Mcdonald’s juga memperkenalkan menu terbarunya iaitu McFlurry Seductions yang merangkumi tiga jenis hidangan pencuci mulut dan hanya disajikan pada waktu yang terhad.

Pencuci mulut coklat gabungan jenama Hershey atau Reese’s ini menampilkan pilihan Reese’s Peanut Butter McFlurry, Hershey’s Milk Chocolate McFlurry atau gabungan kedua-duanya sekali.

Promosi ini akan ditawarkan sehingga stok habis terutama kentang goreng Twister yang akan ditukar menjadi kentang goreng biasa nanti.

ARTIKEL YANG SAMA