Burnley, Middlesbrough ditewaskan kelab kerdil

Burnley, Middlesbrough ditewaskan kelab kerdil

LONDON, 25 Ogos – Kelab Liga Perdana Inggeris, Burnley dan Middlesbrough disingkirkan pasukan yang beraksi di divisyen bawahan dalam pusingan kedua Piala Liga (PL) Inggeris awal pagi hari ini manakala Leicester diundi bertemu Chelsea untuk perlawanan di pusingan ketiga.

Kelab di divisyen keempat, Accrington memberi kejutan apabila menewaskan Burnley 1-0 menerusi gol Matty Pearson pada lewat masa tambahan.

Kelab di divisyen kedua, Fulham bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Middlesbrough 2-1 dengan Lasse Vigen Christensen menjamin gol kemenangan pada masa tambahan.

Juara Liga Perdana, Leicester diundi berdepan Chelsea sekali gus mengimbau kembali memori pengurusnya Claudio Ranieri di kelab yang pernah dikendalikannya itu.

Reaksi Matty Pearson dari Pasukan Accrington semasa menjaringkan gol menentang Burnley dalam perlawanan pusingan kedua Piala Liga (PL) Inggeris di Stadium Wham, Accrington, England. – AP
Reaksi Matty Pearson dari Pasukan Accrington semasa menjaringkan gol menentang Burnley dalam perlawanan pusingan kedua Piala Liga (PL) Inggeris di Stadium Wham, Accrington, England. – AP

Manchester United pula diundi untuk berkunjung ke laman lawan yang berada di divisyen ketiga, Northampton – kelab yang menewaskan West Bromwich Albion menerusi penalti Selasa lalu dan menjinakkan Liverpool pada musim 2010-11.

Selain itu, juara bertahan Manchester City dijadual berkunjung ke Swansea manakala Arsenal bertemu Nottingham Forest di laman lawan. Liverpool bakal bertemu Derby di laman lawan manakala Tottenham diundi untuk melayan kunjungan kelab yang beraksi di divisyen ketiga Gillingham. – AP

ARTIKEL YANG SAMA