Bursa Malaysia tingkatkan rangka kerja pendedahan dan tadbir urus korporat

Bursa Malaysia tingkatkan rangka kerja pendedahan dan tadbir urus korporat

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) – Orang ramai dialu-alukan untuk memberi maklum balas ke atas cadangan pindaan kepada Keperluan Penyenaraian bagi menambah baik kualiti pendedahan dalam pasaran, kata Bursa Malaysia Securities Bhd.

Pindaan itu dibuat bagi menggalakkan rangka kerja pendedahan dan tadbir urus korporat serta tanggungjawab selepas penyenaraian bagi penerbit tersenarai mineral, minyak dan gas.

“Pindaan juga bertujuan untuk mempromosikan ketelusan yang lebih luas, mengekalkan integriti pasaran dan mengukuhkan lagi perlindungan ke atas pelabur,” kata bursa itu dalam satu kenyataan hari ini.

Bursa Malaysia sentiasa mengambil kira perkembangan dalam piawaian pengauditan antarabangsa, terutama yang terkait dengan perkara audit utama dan kesan yang timbul daripada standard yang diperkenalkan.

ARTIKEL YANG SAMA