Burung Kakak Tua, haiwan peliharaan atau perosak?

Burung Kakak Tua, haiwan peliharaan atau perosak?

MADRID – Haiwan ini mungkin kelihatan sangat comel, mempunyai bulu yang berwarna-warni dan banyak mengeluarkan bunyi namun sebenarnya burung kakak tua Selatan Amerika ini telah beralih habitat ke kawasan Madrid dan juga bandar-bandar lain di Sepanyol.

Kehadiran burung ini menjengkelkan penduduk dengan ‘Squawks’ bunyi burung tersebut begitu juga keadaan ekosistem burung itu. Burung yang berwarna hijau dan kelabu itu juga dikenali sebagai burung Bayan mula tiba di Sepanyol dalam sangkar dan dibawa sebagai haiwan peliharaan untuk menghiburkan namun setelah beberapa lama, burung itu melarikan diri atau dibebaskan dan telah mula membiak dengan begitu banyak di Sepanyol.

Maria Moreno yang tinggal di daerah Los Carmenes di barat daya Madrid berkata bahawa beliau pertama kali melihat burung itu beberapa tahun yang lalu. Sepasang burung kakak tua memilih kawasan itu sebagai habitat barunya malah kini, sedozen burung Bayan juga turut berada di kawasan itu dan burung-burung ini sering berkelahi sesama sendiri untuk bersaing mendapatkan makanan bersama dengan burung Merpati, burung Pipit dan juga burung Murai.

“Bunyi dan keadaan huru-hara itu membuatkan bunyi semakin besar malah apa yang menyedihkan tahinya berselerak di atas kereta dan ini sebenarnya membuatkan saya begitu marah,” tambah Maria kepada wartawan AFP.

‘Sangat selesa menyesuaikan diri’

Beberapa buah daerah di Madrid dan juga taman-taman seperti Casa De Campo atau Retiro memang penuh dengan pelbagai kehadiran jenis-jenis burung yang berasal dari Argentina, Brazil, Paraguay, Uruguay dan juga Bolivia.

Haiwan ini kelihatan sangat comel, mempunyai bulu yang berwarna-warni dan banyak mengeluarkan bunyi berasal dari Amerika Selatan. – AFP
Haiwan ini kelihatan sangat comel, mempunyai bulu yang berwarna-warni dan banyak mengeluarkan bunyi berasal dari Amerika Selatan. – AFP
Burung yang berwarna hijau dan kelabu itu juga dikenali sebagai burung Bayan mula tiba di Sepanyol dalam sangkar dan dibawa sebagai haiwan peliharaan untuk menghiburkan namun untuk beberapa lama, burung itu melarikan diri atau dibebaskan dan telah mula membiak dengan begitu banyak di Sepanyol. – AFP
Burung yang berwarna hijau dan kelabu itu juga dikenali sebagai burung Bayan mula tiba di Sepanyol dalam sangkar dan dibawa sebagai haiwan peliharaan untuk menghiburkan namun untuk beberapa lama, burung itu melarikan diri atau dibebaskan dan telah mula membiak dengan begitu banyak di Sepanyol. – AFP

Burung-burung ini membina sarangnya masing-masing sehingga beratnya mencecah 50kg. Kebanyakan sarang-sarang burung itu berada di pokok-pokok aras tinggi malah ada yang membina sarangnya di kawasan pilon elektrik.

Lazimnya burung tersebut akan meninggalkan sarangnya jika keadaan pokok tersebut sudah tidak mempunyai ranting dan daun yang banyak.

“Perkara ini menyebabkan kemerosotan yang begitu ketara sekali dalam menjaga kesihatan pokok malah ada yang kering sudah mati,” kata Molina, salah seorang pakar Ornithological Persatuan Sepanyol (SEO/Mergastua) kepada wartawan AFP.

Menurut beberapa kajian yang telah dibuat ke atas masyarakat yang mendiami kawasan itu, dianggarkan sekitar 20,000 burung kakak tua Quaker terdapat di kawasan itu dan cara yang mudah untuk mengenalinya adalah dengan bunyi burung tersebut yang selalu bising.

Pada tahun lepas, Sepanyol mencatatkan bilangan yang banyak di Madrid, Barcelona dan juga Malaga di pantai tenggara negara tersebut.

Negara-negara Eropah yang lain seperti Britain juga telah menyaksikan kemasukan burung tersebut ke negara mereka.

Manakala bandar raya Eropah yang lain seperti Paris, Rom dan juga London mempunyai bilangan burung Bayan (Ring Necked) yang begitu banyak dan dicatatkan datang dari benua Asia dan Afrika malah burung ini memperlihatkan sikap yang agak agresif terhadap burung-burung yang lain.

Jose Luis Postigo, seorang penyelidik dari Universiti Malaga telah membuat satu kajian penyelidikan yang bertajuk, ‘Very Adaptable’.

Berbalik kepada burung kakak tua tersebut, burung ini boleh hidup dalam sebuah negara yang panas seperti Sepanyol dan juga di kawasan yang lebih sejuk di Brussels atau pun Chicago malah burung ini dapat menyesuaikan diri dengan membina satu dinding sarang yang begitu tebal.

Lazimnya burung tersebut akan meninggalkan sarangnya jika keadaan pokok tersebut sudah tidak mempunyai ranting dan daun yang banyak. – AFP
Lazimnya burung tersebut akan meninggalkan sarangnya jika keadaan pokok tersebut sudah tidak mempunyai ranting dan daun yang banyak. – AFP

Diklasifikasikan sebagai satu spesies invasi, pihak berkuasa Sepanyol telah membenarkan untuk mengambil beberapa langkah dalam usaha untuk memusnahkan burung-burung ini.

Namun pada tahun 2011, jualan burung ini telah diharamkan di negara tersebut.

Molina turut menambah bahwa untuk membasmi sebilangan besar burung kakak tua, pihak berkuasa mempunyai kuasa untuk memotong dan memusnahkan sarang burung tersebut yang dibina di kawasan yang memerlukan penjagaan rapi.

Namun sebenarnya, sesetengah individu hanya mengabaikan saranan itu dan membiarkan burung tersebut untuk pergi sendiri tanpa perlu dihalau dan menanamkan satu insentif dalam memindahkan burung itu ke zon yang lain.

Langkah-langkah drastik?

Salvador Florido, ketua pengawasan kesihatan alam sekitar di dewan bandar Malaga berkata bahawa dengan kedatangan burung tersebut akan memberikan kesan kepada kepelbagaian jenis burung.

Disebabkan isu itu, berkemungkinan besar, burung-burung di Sepanyol akan mengalami persaingan sengit dalam mencari sumber makanan. Di Madrid, dianggarkan lebih daripada 5,000 ekor burung Bayan hidup. Pihak berkuasa sedang menjelajahi kawasan-kawasan habitat burung-burung tersebut.

Dewan Perbandaran Madrid sedang merancang untuk melakukan sesuatu namun rancangan itu masih dalam usaha pengumpulan maklumat dari bandar-bandar yang lain dan pihak berkuasa Sepanyol sudah berjaya mengurangkan jumlah burung dewasa lebih daripada 1,400 kepada hanya sekitar sedozen.

Luis Manso, ketua pemuliharaan alam sekitar di Zaragoza berkata, “Salah satu kaedah yang digunakan telah menindik telur dengan jarum yang sangat halus dan meninggalkan telur itu di dalam sarangnya.

Namun apa yang paling drastik, berkemungkinan besar akan dilakukan pada masa hadapan adalah dengan mengambil langkah yang melampau, iaitu menembak burung itu.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA