Burung nuri kelabu Afrika ditegah dijual

Burung nuri kelabu Afrika ditegah dijual

JOHANNESBURG, 2 Okt – Delegasi-delegasi di sidang hidupan liar global hari ini mengundi untuk mengharamkan perdagangan antarabangsa ke atas burung nuri kelabu Afrika, salah satu spesies burung yang sering diseludup keluar di dunia.

Dianugerahkan dengan kebolehannya untuk mengajuk perkataan manusia, burung itu sering dicari untuk dijadikan haiwan peliharaan, namun bilangannya semakin merosot beberapa tahun kebelakangan akibat pemburuan haram dan kemusnahan pada habitat hutan mereka.

Mesyuarat Konvensyen Perdagangan Antarabangsa mengenai Spesies Terancam (CITES) di Johannesburg mengundi 95 dari 35 dalam undian rahsia untuk mengharamkan perdagangan komersial global ke atas burung nuri.

CITES mengatakan keputusan undian itu akan memberi burung nuri kelabu Afrika ‘perlindungan tahap tertinggi’ dengan menyenaraikannya dalam ‘lampiran 1’, yang diisytiharkan semua perdagangan antarabangsa ke atas haiwan-haiwan yang berdepan kemungkinan pupus.

Dr. Colman O’Criodain dari kumpulan pemuliharaan WWF mengelar langkah itu ‘satu usul besar ke hadapan’ dalam melindungi burung berkenaan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA