Bush label Trump calon huru-hara

Bush label Trump calon huru-hara

LAS VEGAS, 16 Dis (Agensi) – Gabenor Florida, Jeb Bush, berkata Donald Trump mungkin hebat dengan kelantangannya, tetapi seorang calon yang huru-hara dan akan menjadi Presiden yang huru-hara.

Beliau berkata demikian kepada pendahulu Republikan itu pada debat presiden Republikan kelima, di Las Vegas, hari ini.

Trump mempertahankan kempen provokatif beliau melarang orang Islam datang ke Amerika Syarikat dalam debat presiden malam semalam, namun rancangannya dianggap tidak serius oleh pesaingnya sekali gus menggariskan pendekatan mereka sendiri untuk mencegah serangan di Amerika Syarikat.

Senator Florida, Marco Rubio pula berkata, cadangan Trump, tidak akan berlaku. Trump sebaliknya menegaskan beliau tidak mendiskriminasikan umat Islam.

Calon presiden Republik (kiri-kanan) Donald Trump, Senator Ted Cruz dan Jeb Bush berdiri di pentas semasa perdebatan presiden CNN di The Venetian Las Vegas pada 15 Disember. – AFP
Calon presiden Republik (kiri-kanan) Donald Trump, Senator Ted Cruz dan Jeb Bush berdiri di pentas semasa perdebatan presiden CNN di The Venetian Las Vegas pada 15 Disember. – AFP

“Kami bukanlah bercakap mengenai suatu pengasingan, sebaliknya kami berbicara mengenai keselamatan. Kami tidak bercakap mengenai agama, sebaliknya bercakap mengenai keselamatan,” katanya.

Perbahasan hari ini adalah yang pertama bagi Republikan sejak serangan di Paris dan San Bernardino, California, yang sekali gus meningkatkan kebimbangan mengenai keganasan di Amerika Syarikat.

Beberapa jam sebelum perbahasan dimulakan, pihak berkuasa Los Angeles menutup semua sekolah selepas menerima ancaman melalui e-mel, yang kemudiannya disahkan sebagai satu penipuan.

ARTIKEL YANG SAMA