Bush lebih popular daripada Obama – tinjauan

Bush lebih popular daripada Obama – tinjauan

WASHINGTON, 4 Jun (dpa) – Warga Amerika Syarikat kelihatannya membangunkan nostalgia bagi George W Bush, dengan hasil tinjauan yang dikeluarkan semalam menunjukkan presiden dari 2001 hingga 2009 itu bagi kali pertama lebih popular berbanding penggantinya Barack Obama.

Dalam tinjauan CNN, 52 peratus mereka yang ditinjau lebih memilih Bush berbanding 49 peratus bagi Obama.

Obama menyaksikan kadar kelulusan khidmatnya berkisar di bawah 50 peratus sejak pertengahan 2013 ketika warga Amerika melahirkan rasa tidak puas hati antaranya termasuk cara beliau mengendalikan ekonomi, peningkatan kumpulan Negara Islam (IS) dan perdebatan yang belum selesai berhubung imigresen.

Para presiden AS yang lepas kelihatannya dipandang lebih menjadi pilihan selepas persaraan, tetapi Bush mengalami kadar kelulusan yang teruk berhubung perang di Iraq dan Afghanistan serta kemelesetan apabila beliau bersara pada 2009.

Gambar fail menunjukkan bekas presiden AS, George W Bush (kiri) ketika berbincang sesuatu dengan Presiden Obama pada satu majlis di Washington DC. – Reuters
Gambar fail menunjukkan bekas presiden AS, George W Bush (kiri) ketika berbincang sesuatu dengan Presiden Obama pada satu majlis di Washington DC. – Reuters

Bush dilihat menjadi pilihan dengan peratus tertinggi responden dalam setiap tinjauan CNN sejak 2005, sejurus selepas beliau memenangi penggal kedua.

Namun beliau masih ketinggalan di belakang bapanya, George HW Bush (1989-93) dan bekas presiden lain yang masih hidup Bill Clinton (1993-2001) dan Jimmy Carter (1977-81).

ARTIKEL YANG SAMA