Busquets lanjutkan kontrak bersama Barca

Busquets lanjutkan kontrak bersama Barca

BARCELONA, 27 Mei – Pemain pertahanan midfield Barcelona, Sergio Busquets telah melanjutkan kontraknya kepada lima tahun sehingga 2021, umum pasukan gergasi Catalan itu hari ini.

Perjanjian itu termasuk satu pilihan insentif bagi dua tahun sambungan, berdasarkan jumlah penampilan yang dia lakukan.

Kontrak itu mempunyai klausa belian kuasa AS$223 juta dan akan ditandatangani pada hari terdekat, menurut Barca dalam satu keterangan.

Busquets, yang membuat penampilan pertama buat Barcelona pada 2008, telah bermain 384 perlawanan rasmi bersama pasukan utama, dan menjaringkan 12 gol.

Pemain berusia 27 tahun itu telah sekian lama menjadi sebahagian skuad Barca yang telah memenangi enam gelaran La Liga, tiga Liga Juara-Juara, empat Piala Raja, tiga Piala Super UEFA, empat Piala Super Sepanyol dan tiga Piala Kelab Dunia FIFA.

Gambar fail – Sergio Busquets melanjutkan kontraknya bersama Barcelona sehingga 2021. – AFP
Gambar fail – Sergio Busquets melanjutkan kontraknya bersama Barcelona sehingga 2021. – AFP

Busquets juga merupakan pemain utama bagi pasukan kebangsaan Sepanyol dalam tahun kebelakangan, memenangi Piala Dunia 2010 dan Euro 2012. – AFP