Butler menyerlah bantu Wolves

LOS ANGELES, 11 Jan – Jimmy Butler mencatatkan 26 mata dan lapan bantuan semalam apabila Minnesota Timberwolves menumpaskan pasukan Oklahoma City dengan jaringan 104-88, memberikan Thunder kekalahan ketiga berturut-turut.

Pemain tengah Karl-Anthony Towns mengumpul 18 mata dan 12 bantuan bagi Timberwolvex yang memperlihatkan prestasi terbaik mereka pada musim ini dan telah mencatatkan tiga kemenangan berturut-turut di tempat sendiri.

“Apabila kami mula bersaing untuk bertahan seperti itu kami sukar untuk ditumpaskan,” kata Butler.

Butler yang dalam musim pertamanya bersama Minnesota selepas bermain untuk Chicago Bulls, berkata dia cuba menjadi salah seorang peneraju veteran bagi pasukan muda itu.

Dia berkata “Tahun lalu pasukan ini tidak memahami bagaimana pentingnya setiap penguasaan permainan itu.”

Butler (kiri) cuba membawa bola melimpasi Adams (kanan) semasa suku kedua perlawanan semalam di Minneapolis. – AP

Andrew Wiggins mencatatkan 19 mata dalam tempoh permainan 42 minit untuk Timberwolves.

Bintang Thunder, Russell Westbrook mencatatkan mata tinggi 38 mata dan 10 rebound. Carmelo Anthony terus berusaha menyesuaikan diri dengan pasukan barunya apabila dia mencatatkan 15 mata dan satu rebound.

Paul George adalah satu-satunya lagi pemain Thunder dalam catatan 13 mata ketika Oklahoma City tewas lima dari tujuh permainan terakhirnya.

Kekalahan itu menjatuhkan Thunder kepada 22-20 pada musim ini dan ke tempat ketujuh, apabila mereka berada di belakang Portland dan Denver dalam kedudukan Western Conference.

Minnesota melonjak setelah menumpaskan New Orleans, Cleveland dan Oklahoma City dalam permainan di tempat sendiri baru-baru ini disebabkan pertahanan meningkat mereka dan serangan mantap konsistennya.

Dalam menerima kedatangan LeBron James dan Cleveland Isnin lalu, Minnesota mendominasi permainan dengan mendahului setinggi 41 mata dalam menuju kemenangan dengan catatan 127-99. – AFP