Button harap Stoffel cepat belajar

Button harap Stoffel cepat belajar

MANAMA, 1 April (Reuters) – Jenson Button mengharapkan Stoffel Vandoorne untuk menjadi seorang yang cepat belajar apabila pemandu dari Belgium itu akan muncul bagi perlumbaan Formula Satu pertamanya bagi pasukan McLaren di Bahrain minggu ini selepas Fernando Alonso diketepikan daripada perlumbaan akibat kecederaan.

Namun pemandu veteran Britain itu, yang sebelumnya berkongsi pengurus dengan Vandoorne, juga akan melakukan apa yang dia mampu untuk lebih laju berbanding rakan sepasukannya.

Vandoorne bukan sahaja dilihat sebagai bintang masa depan, pemenang dominan bagi siri GP2 tahun lepas, namun juga sebagai bakal pengganti juara dunia 2009 apabila masanya tiba, berkemungkinan tahun depan.

Bahrain akan menjadi yang pertama kali di mana kedua-duanya boleh diukur di antara satu sama lain dalam jentera yang sama dan dalam bahang perlumbaan.

Button, pemandu paling berpengalaman dalam perlumbaan dengan 285 perlumbaan dan 16 musim di belakangnya, telah menjadi rakan Alonso di McLaren dan dijangka akan mengatasi pendatang baru itu yang baru sahaja melangkah ke usia 24 tahun minggu lepas.

Stoffen Vandoorne (tengah) akan menggantikan tempat Fernando Alonso pada perlumbaan Grand Prix Bahrain Ahad ini. – Reuters
Stoffen Vandoorne (tengah) akan menggantikan tempat Fernando Alonso pada perlumbaan Grand Prix Bahrain Ahad ini. – Reuters

Apa sahaja yang kurang dari itu, dalam keadaan normal, tidak akan menjadi berita yang baik buat pemandu yang dibayar tinggi itu yang akan menamatkan kontrak pada penghujung musim ini.

Button tahu bahawa Vandoorne, akan melakukan apa yang dia mampu untuk menarik perhatian majikannya.

“Stoffel seorang pemandu berpengalaman, dia telah berlumba di sini beberapa kali dan dia menang di sini tahun lepas (saingan GP2),” Button memberitahu para pemberita.

“Dia sering bekerjasama dengan pasukannya, membuat latihan saban kali, jadi dia memahami kereta itu, dia memahami pasukan dan cara mereka bekerja.

“Terdapat beberapa perkara untuk dia pelajari namun daripada segi kawalan. Dia tahu apa itu kereta lumba, saya pasti dia akan melakukannya dengan baik,” tambah pemandu berusia 36 tahun itu.