BVB anjur Majlis Ramah Mesra Aidilfitri

BVB anjur Majlis Ramah Mesra Aidilfitri

Oleh Anwar Rosly

KUALA BELAIT, 13 Ogos – Lebih 200 tetamu undangan terdiri daripada rakan niaga dan para pelanggannya telah menghadiri Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Bureau Veritas Brunei (BVB) yang diadakan di Dewan Cenderawasih, Kelab Rekreasi Brunei Shell (BSRC) di Seria, hari ini.

Majlis itu adalah bertujuan untuk mengambil peluang dalam bulan Syawal ini dengan menjalin hubungan yang lebih erat, antaranya bersama syarikat-syarikat kontraktor swasta untuk Brunei Shell Petroleum Company dan daripada pihak swasta yang lain.

Sambutan berkenaan turut diserikan lagi dengan penyerahan derma daripada pihak pengurusan dan kakitangan BVB, yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ir. Haji Othman bin Abdul Kadir kepada wakil daripada Pusat Bahagia, Kuala Belait. Kelmarin, Syarikat BVB juga menyerahkan sumbangan derma kepada Pusat SMARTER Brunei dalam sambutan yang serupa di Daerah Brunei dan Muara dengan menjemput seramai 200 rakan-rakan perniagaan dan pelanggan-pelanggan di daerah ini, yang turut menampilkan seorang seniman karikatur serta menyediakan pondok untuk bergambar bagi para jemputan mereka.

Ir. Haji Othman (kiri) ketika menyampaikan sumbangan derma kepada wakil Pusat Bahagia.
Ir. Haji Othman (kiri) ketika menyampaikan sumbangan derma kepada wakil Pusat Bahagia.
Sebilangan jemputan yang hadir ketika merakamkan gambar kenangan di pondok bergambar dalam acara sambutan Raya BVB.
Sebilangan jemputan yang hadir ketika merakamkan gambar kenangan di pondok bergambar dalam acara sambutan Raya BVB.

p12-7_20150814

ARTIKEL YANG SAMA