C-130 terhempas, 11 maut

C-130 terhempas, 11 maut

KABUL, 2 Okt (AFP) – Sebuah pesawat tentera C-130 terhempas hari ini di timur Afghanistan, membunuh 11 orang termasuk enam tentera AS yang menjadi anggota latihan NATO dan misi memerangi keganasan untuk menyokong tentera Afghan.

Walaupun punca nahas masih tidak jelas, ia berlaku tatkala tentera Afghan – disokong oleh tentera khas NATO dan bantuan udara AS – memasuki Kunduz di utara Afghanistan untuk mengusir pemberontak Taliban yang menawan ibu negeri wilayah itu selama tiga hari.

Nahas yang berlaku tengah malam waktu tempatan itu menyebabkan enam tentera AS dan lima orang awam terbunuh, kata Tentera AS Kolonel Brian Tribus.

Kontraktor berkenaan bekerja untuk misi latihan pimpinan NATO.

Jalalabad terletak di laluan utama dari rantau sempadan Pakistan – di mana ramai militan berpangkalan – ke Kabul, menjadi tempat berlakunya serangan sejak beberapa tahun ini.

Gambar fail yang diambil 19 Ogos 2012 menunjukkan pesawat C-130 sedang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kabul. Pesawat C-130 yang terhempas semalam membunuh 11 orang termasuk enam tentera AS. – AFP
Gambar fail yang diambil 19 Ogos 2012 menunjukkan pesawat C-130 sedang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kabul. Pesawat C-130 yang terhempas semalam membunuh 11 orang termasuk enam tentera AS. – AFP

Lapangan terbangnya menjadi tempat tinggal kepada pangkalan tentera utama.

Walaupun tidak ada petunjuk membuktikan nahas kapal terbang disebabkan tindakan militan, lapangan terbang Jalalabad diserang beberapa kali sebelum ini.

Pada Disember 2012, pengebom berani mati Taliban membunuh sekurang-kurangnya lima orang dalam pertempuran di lapangan terbang dalam serangan ketiga pada tahun itu.

Kebanyakan tentera penggempur NATO menarik diri dari Afghanistan tahun lalu tetapi kontinjen kecil masih tinggal, termasuk kira-kira 10,000 tentera Amerika.

Para pejuang Taliban bertahan menentang tentera Afghanistan di Kunduz hari ini, sehari selepas pasukan kerajaan menawan semula kebanyakan bandar utara yang telah jatuh ke tangan militan dalam kemenangan terbesar mereka sejak pemberontakan selama 14 tahun.

Di wilayah Badakhsan di timur laut Afghanistan, Taliban menguasai daerah Warduj lewat semalam selepas pertempuran sengit, menurut Nawid Forotan, jurucakap gabenor wilayah itu.

Ahmad Sahil, pengeluar televisyen tempatan Afghan di bandar itu berkata ramai orang masih takut untuk meninggalkan rumah mereka.

Hamdullah Danishi, pemangku gabenor wilayah Kunduz, menggambarkan bandar itu sebagai tenang, dan berkata ‘tidak ada sebarang pertempuran besar.”

Dalam tanda-tanda membimbangkan bagi pasukan kerajaan yang berusaha mengawal ancaman militan, Taliban telah merampas wilayah-wilayah di tempat lain di negara itu, meskipun skala lebih kecil daripada rampasan singkat di Kunduz.