C3 tampil moden, canggih

C3 tampil moden, canggih

Oleh Siti Nur Wasimah S.

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Ogos – Selesa dan canggih! Itulah yang dapat digambarkan setelah warga media tempatan berpeluang menguji pandu model terbaru Citroen C3 dari Bilik Pameran Citroen, Beribi, hari ini.

Terdahulu sebelum uji pandu, warga media mendengar penerangan mengenai ciri-ciri baru Citroen C3 dan juga prosedur keselamatan yang telah disampaikan oleh Pelatih Produk Syarikat, Awang Ramlie bin Mohd Arriff di Bilik Pameran Citroen, Beribi.

Sebaik sahaja memasuki kereta, perkara pertama yang menarik perhatian adalah papan pemukanya yang tampak moden dan canggih dengan dilengkapi teknologi terkini termasuk skrin yang memaparkan sistem navigasi eMyWay, yang mana ia memudahkan pemandu untuk mengetahui laluan yang betul dengan hanya melihat di papan muka.

Selain itu, ia juga dilengkapi Connecting Box yang termasuk kit Bluetooth, jek dan soket USB, serta Sistem Audio Hifi.

pg09_150826_c

Citroen C3 ditampilkan dalam lima warna yang menarik.
Citroen C3 ditampilkan dalam lima warna yang menarik.
Dalaman C3 yang menonjolkan kemodenan dan tampak elegan.
Dalaman C3 yang menonjolkan kemodenan dan tampak elegan.
Ciri paling unik kereta ini adalah ia dilengkapi cermin Zenith yang memberikan pemandangan yang lebih jelas.
Ciri paling unik kereta ini adalah ia dilengkapi cermin Zenith yang memberikan pemandangan yang lebih jelas.

Salah satu ciri paling unik kereta ini adalah ia dilengkapi cermin Zenith yang memberikan pemandangan yang lebih jelas dan luas ketika memandu.

Citroen C3 dikuasakan enjin 1.6 Vti yang dapat mencapai kelajuan maksima sehingga 120 kuasa kuda.

Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kehebatan kereta ini bolehlah berkunjung ke Bilik Pameran Citroen, di mana ia akan dipamerkan bermula 28 Ogos ini. Manakala itu, Grand Motors Sdn Bhd selaku pengedar kenderaan jenama Citroen juga akan mengadakan pameran selama tiga hari, bermula 28 hingga 30 Ogos, di Times Square di mana pelbagai model kereta Citroen termasuk Citroen C3 akan dipamerkan.

ARTIKEL YANG SAMA