CAB bantu lebih 40 penerima

CAB bantu lebih 40 penerima

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Julai – Chevening Alumni Brunei (CAB) semalam telah menganjurkan kempen penyampaian sumbangan tahunannya sempena bulan Ramadan yang dikendalikan dengan kerjasama Suruhanjaya Tinggi Britain dan Ghanim International Corporation Sdn Bhd.

Kempen tahunan ini bertujuan memberi peluang kepada anggota CAB untuk lebih menghargai dan menunjukkan belas kasihan kepada mereka yang kurang bernasib baik di bulan suci ini.

Delegasi CAB yang diketuai oleh presidennya, Awang Abdul Matin Kasim telah melawat beberapa orang anak yatim dan juga keluarga miskin di seluruh Daerah Brunei dan Muara serta Belait untuk menyerahkan sumbangan yang termasuk wang tunai dan beberapa keperluan asas. Lebih 40 orang penerima telah dikenal pasti bagi kempen amal berkenaan.

Setiausaha Kehormat CAB, Subandi Kamis berkata, kempen amal ini diadakan bagi membolehkan anggota alumni memberi bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik, dengan mengumpul dana dan menyediakan makanan dan keperluan lain untuk mereka pada musim perayaan ini.

Awang Norali Ali Yusop handing menyampaikan sumbangan kepada keluarga yang kurang bernasib baik.
Awang Norali Ali Yusop handing menyampaikan sumbangan kepada keluarga yang kurang bernasib baik.
Rombongan CAB bergambar ramai dengan salah sebuah ahli keluarga yang menerima sumbangan di Daerah Belait.
Rombongan CAB bergambar ramai dengan salah sebuah ahli keluarga yang menerima sumbangan di Daerah Belait.

Menurut Bendahari Kehormat CAB, Awang Norali Ali Yusop, mereka telah menerima derma wang berjumlah lebih $1,500 dan sumbangan barangan dalam tempoh dua minggu lalu daripada anggota CAB.

CAB mengucapkan terima kasih kepada anggotanya di atas sumbangan ikhlas dan melahirkan penghargaan kepada Suruhanjaya Tinggi Britain dan Ghanim International Corporation Sdn Bhd atas sokongan mereka dan juga kepada ketua-ketua kampung atas bantuan mereka untuk mengenal pasti keluarga-keluarga yang memerlukan.

ARTIKEL YANG SAMA