CAB Cakaran meterai MoU bagi kajian kemungkinan membentuk usaha sama di Indonesia

CAB Cakaran meterai MoU bagi kajian kemungkinan membentuk usaha sama di Indonesia

KUALA LUMPUR, 7 Dis – CAB Cakaran Corporation Bhd dan KMP Private Ltdmemeterai memorandum persefahaman (MoU) semalam untuk mengkajikemungkinan membentuk sebuah syarikat usaha sama (JV) di Indonesia.

KMP, merupakan syarikat pegangan pelaburan, memiliki pelaburan dalam anaksyarikat Salim Group di Indonesia bagi operasi makanan, perniagaan pertanian, pengedaran dan peruncitan barangan pengguna laris. Menurut CAB Cakaran, syarikat usaha sama yang dicadangkan itu bertujuan mewujudkan perniagaan ayam itik bersepadu sepenuhnya di Indonesia.

MoU berkenaan sah bagi tempoh 12 bulan daripada tarikh ia ditandatangani atau sehingga pelaksanaan Perjanjian Usaha Sama yang sah antara CAB Cakaran dan syarikat bertujuan khas (SPV) Salim di Indonesia, menurut CAB Cakaran dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia.

“Peratusan pemegangan saham syarikat usaha sama antara SPV Salim Group dan CAB Cakaran pada peringkat awal penubuhan adalah masing-masing 90 peratus dan 10 peratus.

“Bagaimanapun, CAB Cakaran akan mempunyai pilihan untuk meningkatkanpemegangan sahamnya sehingga 30 peratus dalam tempoh tiga tahun selepas penubuhan peringkat awal, bergantung kepada kewangannya,” menurutnya. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA