Cabaran 4×4 penuh aksi mendebarkan

Cabaran 4×4 penuh aksi mendebarkan

Oleh Kasha

 

BANDAR SERI BEGAWAN – Bersempena Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan pada tahun ini, Majlis Perundingan Kampung Masin dan Bebatik dengan kerjasama Persatuan Kereta Tahan Lasak Brunei telah mengadakan Ujian Kemahiran Memandu Kereta Tahan Lasak (4X4), Cabaran Amatur Terbuka kali kedua baru-baru ini.

Acara selama dua hari itu telah dilangsungkan di Kawasan Tanah Lapang Pasar Serbanika kampong berkenaan, sebanyak 14 penyertaan telah mendaftarkan diri bagi menyertai cabaran itu termasuk para peserta dari luar negara.

Format Special Stage merupakan ujian pemanduan yang mencabar bagi kereta itu sendiri, yang dimestikan menggunakan electric winch atau pto winch untuk melepasi halangan-halangan yang disediakan, dan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan Four Point Seat Belt, topi keledar, kasut, sarung tangan dan kelangkapan Recovery Kit D-Sackle, Tree Protector, Blanket dan Snatch Block.

Pemenang cabaran 4x4 bergambar bersama piala mereka.
Pemenang cabaran 4×4 bergambar bersama piala mereka.

pgm6_160524_c

Antara aksi kereta 4x4 di cabaran itu.
Antara aksi kereta 4×4 di cabaran itu.

Sementara bagi pemandu dan pembantunya pula, peringkat itu telah mencabar mereka dari segi fizikal, stamina, minda serta kerjasama. Format pemanduan cara ini diperkenalkan sebagai persiapan untuk menyertai acara-acara jemputan luar negara nanti.

Peserta Lee Hen Seng telah menjuarai cabaran itu dengan memperolehi 526 mata. Tempat kedua pula dimenangi oleh Ah Wee dengan memperolehi 523 mata, sementara di tempat ketiga jatuh kepada peserta Foo Siong Wai dengan memperolehi 423 mata. Majlis penyampaian hadiah-hadiah telah disempurnakan oleh Tetamu Kehormat Cabaran Amatur Terbuka, Penguasa Balai Polis Limau Manis, Inspector Abdul Sharimin bin Abdul Rahman.

ARTIKEL YANG SAMA