Cabaran Amatur PKTLB

Cabaran Amatur PKTLB

Oleh Kasha

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Dis – Sebagai acara tahunannya, Persatuan Kereta Tahan Lasak Brunei (PKTLB) telah mengadakan perlumbaan kereta tahan lasak.

Buat julung kalinya tahun ini ia diubah kepada Cabaran Amatur PKTLB dengan format Peringkat Khas (Special Stage).

Perlumbaan yang diadakan selama dua hari, hingga hari ini, telah berlangsung di gelanggang perlumbaan PKTLB, Tanah Lapang Lebuhraya Tutong-Muara berdekatan Pusat Pembangunan Belia Kampung Salambigar, yang disertai oleh seramai 12 orang peserta tempatan.

Dengan sembilan peringkat khas, perlumbaan dijuarai oleh Chin Yun Vui dengan mendapat 875 mata, diikuti oleh Ah Wui di tempat kedua dengan 855 mata dan Muhmood Mawang di tempat ketiga dengan 810 mata.

Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Penasihat PKTLB, Haji Jamahat bin Haji Liman dan Yang Di-Pertua PKTLB, Haji Jumat bin Haji Taha.

Pemenang bersama hadiah masing-masing.
Pemenang bersama hadiah masing-masing.
Cabaran sebuah kereta ketika menaiki bukit dalam perlumbaan itu.
Cabaran sebuah kereta ketika menaiki bukit dalam perlumbaan itu.
Peserta dalam cabaran itu.
Peserta dalam cabaran itu.

Menurut pihak penganjur, format Peringkat Khas ini merupakan perkara baru yang diperkenalkan kepada pelumba berbanding pelumba negara jiran, sebab itu pada tahun ini kurang penyertaan.

Perlumbaan ini juga mendedahkan ciri-ciri keselamatan dan disiplin kepada para pengguna kenderaan pacuan empat roda.

Format ini merupakan perlumbaan yang mencabar dari segi kereta itu sendiri yang dimestikan menggunakan

electric winch atau pto winch untuk melepasi halangan-halangan dan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan Four Point Seat Belt, topi keledar, kasut, sarung tangan dan kelengkapan Recovery Kit D-Sackle, Tree Protector, Blanket dan Snatch Block.

Sementara itu, bagi pemandu dan pembantunya, perlumbaan ini telah memberi cabaran kepada mereka dari segi fizikal, stamina, minda serta menguji kerjasama.

Format perlumbaan ini juga sebagai persediaan dan persiapan para peserta untuk mewakili ke acara-acara jemputan dari luar negara.

ARTIKEL YANG SAMA