Cabaran anak-anak pelarian bersekolah di Greece

Cabaran anak-anak pelarian bersekolah di Greece

ATHENS – Dianggarkan seramai 1,500 kanak-kanak pelarian akan memulakan sesi pembelajaran di enam buah kem dan 20 buah sekolah awam di seluruh negara Greece yang bermula pada hari Isnin lalu. Menurut kenyataan akhbar Kementerian Pelajaran Greece, langkah itu sedikit sebanyak menimbulkan pelbagai reaksi oleh kebanyakan penduduk tempatan. Seperti kebanyakan kes, kanak-kanak itu disambut dengan penuh senyuman dan pelukan mesra daripada guru-guru mereka malah persatuan-persatuan ibu bapa turut menerima baik situasi itu.

Bagaimanapun, terdapat beberapa buah laporan menyatakan tindakan sesetengah ibu bapa penduduk tempatan telah menutup pagar sekolah dan melarang kanak-kanak pelarian itu untuk terus masuk ke sekolah disebabkan oleh tahap kesihatan dan kebersihan mereka. Namun menurut kenyataan agensi berita nasional Greek AMNA, sesetengah ibu bapa belum dapat menerima beberapa informasi tentang pendidikan kanak-kanak pelarian itu.

Program yang dilancarkan pada Isnin lalu yang membenarkan kanak-kanak pelarian bersekolah, akan memfokuskan beberapa buah subjek penting antaranya mempelajari Bahasa Greek, Matematik, Seni, Sukan dan juga bahasa-bahasa yang lain. Kelas-kelas pendidikan yang dikhususkan untuk kanak-kanak pelarian ini dijalankan pada waktu petang dan diajar secara berasingan daripada pelajar-pelajar Greek yang lain.

Bilangan semakin meningkat

Menurut pihak berkuasa di Greek, dianggarkan kira-kira 20,000 kanak-kanak daripada 60,000 pelarian dan pendatang yang terkandas di negara itu akan mendapat pendidikan mereka di Greece setelah negara itu menutup pintu sempadan mereka pada tahun lalu. Pada akhir bulan Oktober ini, bilangan kanak-kanak pelarian yang ingin belajar dijangka meningkat apabila sahaja selesai vaksinasi beberapa buah sekolah selesai.

Menurut kenyataan akhbar Kementerian Pelajaran Greece, langkah itu sedikit sebanyak menimbulkan pelbagai reaksi oleh kebanyakan penduduk tempatan. – Xinhua
Menurut kenyataan akhbar Kementerian Pelajaran Greece, langkah itu sedikit sebanyak menimbulkan pelbagai reaksi oleh kebanyakan penduduk tempatan. – Xinhua

Dengan dorongan dan sokongan daripada pihak kerajaan Greek, masyarakat setempat dan juga beberapa buah organisasi antarabangsa, kanak-kanak pelarian ini telah kembali ke sekolah dalam suasana iklim yang sangat positif.

Sebagai contoh di sebuah sekolah rendah yang dikenali sebagai Sekolah Rendah 81 Kato Petralona di Athens, kelihatan ramai kanak-kanak pelarian memasuki ruang sekolah dan menghadiri kelas pendidikan mereka. Kanak-kanak ini dibawa dari pusat penerimaan dengan menggunakan bas yang telah ditugaskan oleh Pihak Pertubuhan Antarabangsa Migrasi (IOM). Pertubuhan itu telah mengarahkan lebih daripada 12 buah bas di seluruh negara dan menyediakan kanak-kanak pelarian itu segala peralatan-peralatan sekolah.

Menurut salah seorang guru, kebanyakan kanak-kanak pelarian ini diajar oleh para guru yang dibayar oleh pihak kerajaan Greek malah sesetengah guru datang daripada pasukan sukarelawan.

Menurut pegawai Kementerian Pelajaran, satu lagi program yang dikhususkan untuk kanak-kanak pelarian itu akan diungkayahkan dan akan dibayar sepenuhnya oleh pihak Kesatuan Eropah.

Dengan dorongan dan sokongan daripada pihak kerajaan Greek, masyarakat setempat dan juga beberapa buah organisasi antarabangsa, para kanak-kanak pelarian ini telah kembali ke sekolah dalam suasana iklim yang sangat positif. – Xinhua
Dengan dorongan dan sokongan daripada pihak kerajaan Greek, masyarakat setempat dan juga beberapa buah organisasi antarabangsa, para kanak-kanak pelarian ini telah kembali ke sekolah dalam suasana iklim yang sangat positif. – Xinhua
Menurut pegawai Kementerian Pelajaran, satu lagi program yang dikhususkan untuk kanak-kanak pelarian itu akan diungkayahkan dan akan dibayar sepenuhnya oleh pihak Kesatuan Eropah. – Xinhua
Menurut pegawai Kementerian Pelajaran, satu lagi program yang dikhususkan untuk kanak-kanak pelarian itu akan diungkayahkan dan akan dibayar sepenuhnya oleh pihak Kesatuan Eropah. – Xinhua

“Kami amat mengalu-alukan kanak-kanak pelarian ke sekolah kami. Kami akan memeluk mereka. Pendidikan adalah hak asasi seorang manusia dan kita tidak boleh menerima apa-apa sahaja bentuk diskriminasi malah masyarakat perlu mengasingkan panggilan xenophobia dan menunjukkan sedikit perpaduan dengan tindakan kita kepada mereka ini,” salah satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kesatuan Ibu Bapa dan Penjaga Persatuan Sekolah daripada perbandaran Athens.

Masih ada tentangan

Pihak kementerian pelajaran juga turut memandang ringan situasi itu sebagai ‘Pengecualian terpencil’ apabila terjadi kejadian para ibu bapa sedang berusaha menetang pengenalan situasi itu di sekolah dan para ibu bapa ini menekankan satu perkara yang tidak baik, iaitu kebanyakan kanak-kanak pelarian ini pembawa kepada pelbagai penyakit dan juga tidak bersih. Dianggarkan kira-kira 30 ibu bapa telah mengibarkan bendera kebangsaan Greece dan menghalang kanak-kanak itu untuk terus masuk ke pintu utama sekolah mereka yang terletak di pinggir bandar Thessaloniki, Utara Greece.

Manakala kumpulan yang lain pula melakukan pelbagai bentuk bantahan di luar sebuah sekolah tinggi di pusat bandar Athens yang telah membukakan pintu mereka kepada kira-kira 30 kanak-kanak pelarian.

Pada hari Ahad yang lalu, sekumpulan ibu bapa lagi telah memagar pintu masuk sebuah sekolah rendah di Pulau Lesvos dan yang lain pula, tunjuk perasaan seperti yang dilaporkan lebih awal daripada pelancaran program itu di dua buah sekolah terawal di negara tersebut.

Satu kenyataan telah dibuat oleh cawangan Greek UNIVCEF dan memberikan amaran bahawa tanpa pendidikan, generasi kanak-kanak pelarian yang tinggal di negara-negara terjejas akibat konflik, bencana alam dan kemiskinan akan membesar tanpa kemahiran yang diperlukan bagi mereka untuk menyumbang kepada negara dan eokonomi mereka. Secara purata, kanak-kanak pelarian yang terkandas di Greece telah mula memfokuskan sepenuhnya kepada bidang pendidikan. – Xinhua