Cabaran bola keranjang diteruskan

Cabaran bola keranjang diteruskan

Oleh Mohamad Asyramisyanie

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 April – Agenda perlawanan Kejohanan Bola Keranjang NBT dalam Sukan Ria Antara Syarikat diteruskan lagi hari ini dengan empat perlawanan di antara pasukan Kumpulan A.

Apa yang menarik dalam beberapa perlawanan beberapa hari lalu menyaksikan sukan bola keranjang semakin hangat apabila setiap pasukan mula menyasarkan peringkat seterusnya sebagai tumpuan dan tujuan.

Pada 20 April Pasukan QAF Brunei Sdn Bhd mengalahkan Pasukan Jerudong Park Medical Centre (JPMC) dengan mata 82-70 sebelum Pasukan Yuan Thong Enterprise turut mencatatkan kemenangan ke atas Pasukan Bengkel Kereta Berakas dengan mata 82-70.

Keesokan harinya Pasukan Goldmyne Hardware Sdn Bhd menumpaskan Pasukan Gong Cha dengan mata 69-90 dan Pasukan Rentokil turut menang ke atas Pasukan Fashion Furniture and Construction Co Sdn Bhd dengan mata 74-71.

Antara aksi hebat pada kejohanan itu.
Antara aksi hebat pada kejohanan itu.

Awal hujung minggu lalu menyaksikan Pasukan Kingston Beverage and Creamery Sdn Bhd tewas di tangan CCS Com Service (B) Sdn Bhd dengan mata 69-25 dan Pasukan Propel Services and Trading (PST) Sdn Bhd pula menang ke atas Pasukan Bank Baiduri Berhad dengan mata 99-58.

Pada malam minggu Pasukan QAF pulang kecewa apabila terpaksa akur dengan kekalahan di tangan Yuan Thong Enterprise dengan mata 103-78 sementara nasib yang sama menimpa JPMC apabila tumpas di tangan Bengkel Kereta Berakas dengan mata 75-61.

Minggu lepas ditutup dengan kemenangan di pihak Pasukan Penerbangan Diraja Brunei yang menang ke atas Pasukan Fashion Furniture and Construction Co Sdn Bhd dengan mata 108-88 sementara Pasukan HSBC turut mencatatkan kemenangan ke atas Pasukan D’Sunlit Sdn Bhd dengan mata 55-29 diikuti kemenangan oleh pasukan juara bertahan Istana Maintenance Department ke atas Pasukan Goldmyne Hardware Sdn Bhd dengan mata 105-65.

Pada Isnin baru-baru ini, Pasukan QAF bangkit dengan kemenangan ke atas Pasukan Bengkel Kereta Berkas dengan mata 92-80 sementara Pasukan Bank Standard Chartered terpaksa hampa dengan kekalahan di tangan Digimark Enterprise dengan mata 80-90.

D’Sunlit turut mencatatkan kejayaan ke atas Pasukan Kingston Beverage and Creamery Sdn Bhd dengan kemenangan 101-76 sementara rakan sekumpulannya HSBC turut mencatatkan kemenangan 40-66 ketika menentang Pasukan Bank Baiduri Berhad.

ARTIKEL YANG SAMA