Cabaran Bukit Ambog

Cabaran Bukit Ambog

TUTONG, 18 Nov – Seramai 80 peserta telah menyahut cabaran Fun Race Cross Country (XC) Bukit Ambog anjuran Tutong Mountain Bike Community yang diadakan di Taman Rekreasi Sungai Basong, di sini, baru-baru ini.

Sebanyak enam kategori telah dipertandingkan dalam cabaran tersebut iaitu Kategori Terbuka, Novice, 90kg, Veteran, Master dan Perempuan yang mana perlumbaan sejauh satu pusingan (5km) bagi Kategori Novice, 90kg, Wanita dan Master, manakala dua pusingan (10km) bagi Kategori Terbuka dan Veteran.

Muncul johan dalam Kategori Terbuka ialah Raihan Aziz, diikuti Al Waie di tempat kedua dan Ussowdiq di tempat ketiga.

Sementara Kategori Veteran pula dijuarai oleh Mazran Jamin, diikuti Radzi Tamat di tempat kedua dan Ali Mustafa di tempat ketiga.

Gambar ramai para peserta yang mengikuti cabaran berbasikal tersebut.
Gambar ramai para peserta yang mengikuti cabaran berbasikal tersebut.
Salah satu aksi dalam cabaran tersebut.
Salah satu aksi dalam cabaran tersebut.

Manakala bagi Kategori Master pula dimenangi oleh Alexander, naib juara pula disandang oleh Jeffri Lamat dan Eddie di tempat ketiga.

Cabaran ini diadakan bertujuan bagi meningkatkan lagi prestasi pelumba-pelumba basikal bukit (MTB) di samping dapat mengeratkan silaturahim antara penggemar-penggemar basikal di Negara Brunei Darussalam dan seterusnya mengamalkan cara hidup yang sihat selain menggalakkan orang ramai sentiasa bergiat aktif tanpa mengira usia terutama golongan belia di negara ini.

Di samping itu juga bagi memperkenalkan Bukit Ambog sebagai salah satu destinasi menarik terutama bagi pelancong sukan berbasikal MTB dari dalam mahu pun luar Negara.