Cabaran diharungi dengan cekal

Cabaran diharungi dengan cekal

Oleh Syahmi Hassan & Sim Y. H.

Gambar oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 April – Cabaran sepanjang 52 minggu dalam kursus dan latihan yang dijalani merupakan pengalaman berharga buat para pegawai kadet yang ditauliahkan dalam Upacara Sovereign’s Parade Sekolah Pegawai Kadet Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) Pengambilan ke-14 semalam di Padang Kawad Akademi Pertahanan ABDB di Tanah Jambu.

Dalam temu bual dengan Media Permata sejurus tamat perbarisan, penerima Sword of Honour, Pegawai Kadet Awang Muhammad Farasul Wa’ie bin Wadi dari Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) menyatakan cabaran paling berharga ialah perlumbaan antara seksyen.

“Ia terdiri daripada perjalanan sejauh 24km dari Pantai Tungku hingga ke Akademi Pertahanan ABDB di Tanah Jambu ini. Pada masa itu, kami juga ditugaskan untuk mengangkat kayu balak, membawa usungan (stretchers) dan bermacam-macam lagi rintangan yang kami hadapi. Ia sangat menduga kemampuan dan kerjasama kami,” katanya.

Manakala Pegawai Kadet Awang Muhamad Afandi bin Juna pula mengongsikan sikap positif perlu ada dalam diri seseorang tentera apabila berhadapan cabaran ini kerana ia akan membawa mereka lebih jauh dan berpengetahuan luas.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, berkenan dijunjung bergambar ramai bersama Pegawai Kadet Noormimi Hasmilah dan keluarganya.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, berkenan dijunjung bergambar ramai bersama Pegawai Kadet Noormimi Hasmilah dan keluarganya.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan dijunjung bergambar bersama Pegawai Kadet Dr. Ranald.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan dijunjung bergambar bersama Pegawai Kadet Dr. Ranald.

Ini kerana dalam keadaan yang sukar, sikap tersebut mampu membuatkannya bangkit semula untuk berjuang.

Penerima Anugerah Terbaik Akademik itu juga menambah, kesabaran merupakan kunci utama menghadapi cabaran berkenaan.

Bagi Pegawai Kadet Wanita, Dayang Normimi Hasmilah binti Haji Abdul Hamid mengatakan cabaran dihadapi sama dengan kadet lelaki, tiada pengecualian bagi mereka, namun tetap dihadapi dengan cekal.

Pegawai Kadet Dr. Ranald bin Mohd Faizal yang mengambil keputusan memasuki tentera, percaya ada keperluan bagi doktor dalam angkatan tentera dan memastikan dirinya kuat hati, bersabar dan banyak berdisiplin, Insya Allah pasti berjaya mengharungi apa jua cabaran mendatang.

ARTIKEL YANG SAMA