Cabaran hadap...

Cabaran hadapi ‘7 hari berbahaya’

BANGKOK – Hampir 480 orang mati di jalan raya Thailand sepanjang percutian Tahun Baru, menurut angka rasmi Khamis lalu, peningkatan sebanyak 25 peratus sepanjang apa yang dikenali sebagai ‘tujuh hari berbahaya’ walaupun adanya tegahan yang ketat daripada junta mengenai pemanduan dalam keadaan mabuk.

Kerajaan tersebut mempunyai beberapa jalan-jalan paling berbahaya di dunia, dengan jumlah kematian yang ramai semasa perayaan Tahun Baru apabila berjuta-juta pekerja bandar pulang ke kampong halaman mereka.

Kerajaan junta Thailand telah melancarkan tindakan keras yang berulang-ulang terhadap pemandu yang mabuk sejak rampasan kuasa pada tahun 2014, termasuk meluluskan hukuman yang lebih berat bagi pesalah dan memaksa pemandu untuk melawat bilik mayat dan memegang mayat mangsa kemalangan.

Namun tol kematian sepanjang minggu lalu masih melonjak kepada 478 – meningkat daripada 380 yang dicatatkan dalam tempoh yang sama pada tahun 2016, menurut Jabatan Pencegahan Bencana, Kementerian Dalam Negeri.

“Punca utama…adalah memandu dalam keadaan mabuk dan memandu laju,” kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Suthee Markboon, sambil menambah bahawa majoriti daripada 3,919 kemalangan adalah melibatkan penunggang motosikal.

Keadaan trafik di jalan utama di Bangkok, Thailand. – AFP
Keadaan trafik di jalan utama di Bangkok, Thailand. – AFP
Seorang anggota polis trafik Thailand menahan sebuah van komuter untuk memeriksa lesen memandu pemandu tersebut di Bangkok. – AFP
Seorang anggota polis trafik Thailand menahan sebuah van komuter untuk memeriksa lesen memandu pemandu tersebut di Bangkok. – AFP

Pihak tentera berkata para pegawai telah menahan hampir 67,000 orang akibat kesalahan memandu dalam keadaan mabuk dan merampas lebih 4,000 kereta antara 29 Disember dan 4 Januari.

Kemalangan dahsyat itu menyaksikan 25 orang terbunuh pada malam Isnin Tahun Baru apabila sebuah van mini yang penuh dengan penumpang dan trak pikap bertembung di wilayah timur Chonburi.

Pakar mengatakan bahawa kurangnya pemakaian topi keledar di kalangan penunggang motosikal adalah faktor utama bagi kadar kematian yang tinggi.

Seorang anggota polis trafik Thailand memerhati perjalanan lalu lintas di Bangkok. - AFP
Seorang anggota polis trafik Thailand memerhati perjalanan lalu lintas di Bangkok. – AFP
Polis trafik menahan sebuah kereta untuk pemeriksaan lesen memandu pemandu di Bangkok. – AFP
Polis trafik menahan sebuah kereta untuk pemeriksaan lesen memandu pemandu di Bangkok. – AFP

Polis trafik di negara itu juga terkenal dengan pengambilan rasuah dan membiarkan pemandu yang kaya dan dikenali dibiarkan bebas daripada kesalahan-kesalahan tersebut.

Bercakap kepada pemberita pada akhir hari ketujuh, ketua junta Prayut Chan-O-Cha mengakui kerajaannya telah tumpas dengan pertempuran itu pada tahun ini.

“Kami melakukan yang terbaik semampu yang boleh, kita mempunyai lebih banyak pusat pemeriksaan, lebih banyak pihak berkuasa, kami merampas puluhan ribu kenderaan, tetapi masih merekodkan jumlah kematian jalanraya,” katanya.

Walau bagaimanapun, beliau berikrar untuk melipat gandakan usaha sebelum Songkran, iaitu cuti Tahun Baru tradisional Thailand pada bulan April – juga dianggap sebagai ‘tujuh hari berbahaya’ menurut media akhbar Thailand. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA